Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM terus dibela: Kadar Faedah Hilang Upaya dinaikkan

Veteran ATM terus dibela: Kadar Faedah Hilang Upaya dinaikkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kerajaan telah melaksanakan kenaikan kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan, sebagai penghargaan atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mempertahankan negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan bahawa kenaikan kadar PHU ini telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2025 dan diberikan secara bulanan kepada anggota ATM dengan peratus darjah hilang upaya antara 1% hingga 100%.

Menurutnya, seramai 1,821 penerima sedang menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Selain itu, Ganjaran Hilang Upaya (GHU) yang diberikan secara sekali gus (one-off) kepada anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif (Wounded In Action) juga telah disalurkan.

“Sehingga 6 Mac 2025, seramai 218 penerima telah menerima bayaran dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM6.88 juta,” katanya dalam sesi Penggulungan Titah Diraja Kementerian Pertahanan di Dewan Negara, hari ini.

Mengulas lanjut, Adly berkata, kerajaan turut meningkatkan Elaun Pelajaran (EP) yang diberikan secara one-off setahun kepada anak penerima PHU.

“Kadar baharu elaun ini dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM1,600 hingga RM5,400 setahun bergantung kepada tahap pendidikan mereka,” jelasnya lagi.

Dalam usaha memastikan kebajikan veteran ATM yang mengalami hilang upaya terus terbela, kadar Elaun Layanan Sentiasa juga telah dinaikkan daripada RM440 sebulan kepada RM1,500 sebulan.

Selain itu, terdapat pelbagai bentuk Skim Bantuan Kebajikan yang disediakan oleh JHEV ATM bagi membantu veteran ATM sama ada berpencen atau tidak berpencen mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Skim tersebut termasuklah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke IPT, Kemudahan Perubatan dan peratan pesakit serta bantuan bencana alam dan bantuan mengurus jenazah,” ujarnya.

Bagi Inisiatif Perumahan Veteran, kerajaan telah mensasarkanpembinaan rumah baharu bagi tahun ini adalah sebanyak 60 buah rumah. Manakala bagi baik pulih rumah adalah sebanyak 220 buah rumah.-airtimes.my

#ATM #veteranATM #hilangupaya #DewanNegara #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?