KUALA LUMPUR, 7 MAC– Kementerian Pertahanan menyatakan, sehingga 31 Disember 2024 seramai 1,670 orang bersamaan 1.4 peratus daripada keseluruhan kekuatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dari kalangan warganegara Malaysia berbangsa India
“Kehadiran mereka mencerminkan kepelbagaian etnik dalam ATM yang memainkan peranan signifikan bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional kepada pasukan keselamatan negara,” kata Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dalam penyataan jawapan lisan di Parlimen Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian, anggota ATM warganegara Malaysia berbangsa India turut menyumbang dalam usaha menjaga kemanan dan keselamatan negara, sama ada melalui peranan operasi, sokongan teknikal mahupun pentadbiran.
Sementara itu, Khaled berharapan pengwujudan semula Latihan Khidmat Negara dapat menarik golongan muda, terutamanya daripada kalangan bangsa Cina dan India untuk menyertai ATM.
Bagaimanapun, ATM sentiasa melakukan promosi dengan membuat promosi di sekolah, pusat membeli belah dan turut serta di pameran kerjaya di seluruh Negara, walaupun jumlahnya kecil. -airtimes.my
#AirTimes #ATM #Tentera #India #Malaysia