if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Komen jelik libat agama Islam: Harith Iskander dan Cecelia Yap dikompaun RM10,000

Komen jelik libat agama Islam: Harith Iskander dan Cecelia Yap dikompaun RM10,000

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 MAC – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 seorang terhadap pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap berhubung memuat naik komen jelik berkaitan agama Islam di Facebook pada 18 Januari lalu.

SKMM dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu dikenakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

“Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook,

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” katanya dalam kenyataan.

Pada Januari lalu, Harith, 54, memuat naik sekeping foto di Facebook miliknya yang memaparkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50 berserta kapsyen yang membuka ruang kepada netizen memberikan komen mempersenda serta menghina kesucian Islam.

Susulan itu terdapat akaun menggunakan nama Cecelia Yap Song meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Cecelia kemudiannya tampil memohon maaf berhubung kenyataan dibuat.-airtimes.my

#semasa #hinaagama #Islam #pelawat #harith #SKMM

Related Articles

Leave a Reply