if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Tiada dasar wajib caruman Simpanan Shariah KWSP – Anwar Ibrahim

Tiada dasar wajib caruman Simpanan Shariah KWSP – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Mac– Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan caruman Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pencarum beragama Islam untuk mencarum simpanan secara automatik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memilih skim tersebut, mengambil kira kadar dividen bagi Simpanan Shariah KWSP 2024 yang menguntungkan.

“Bagi saya, kesan ini penting. Rekod ini dengan sendirinya akan memberi galakan kepada umat Islam untuk memindahkan kepada Simpanan Shariah,

“Jadi sebab itu, kita tidak bercadang mewajibkan, tetapi dengan bukti ini dan beberapa siri galakan dan penerangan, kita harap jumlah ini akan dapat ditambah,

“Namun, tidak ada dasar mewajibkan, tetapi menggalakkan. Umat Islam sepatutnya diberi penjelasan apa erti perbankan beberapa instrumen kewangan,” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mengenai jika kerajaan bercadang untuk mewajibkan pencaruman Islam mencarum dalam simpanan syariah bagi mengelakkan simpanan mereka diragui dari segi halal dan haram.

Perdana Menteri juga berkata umat Islam perlu diberi penjelasan berhubung ilmu perbankan, seperti perbankan tanpa faedah dan beberapa instrumen syariah yang diperkenalkan dalam instrumen kewangan, bagi memastikan mereka lebih memahami manfaat daripada pilihan mereka.

Pada Sabtu, KWSP mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.

Kadar dividen bagi Simpanan Konvensional adalah daripada jumlah agihan sebanyak RM63.05 bilion; manakala bagi Simpanan Shariah, membabitkan agihan berjumlah RM10.19 bilion.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2024 sebanyak RM73.24 bilion.-airtimes.my

#Airtimes #Malaysia #Kwsp #Anwar #semasa

Related Articles

Leave a Reply