KUALA LUMPUR, 4 MAC– Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilaksanakan bagi menangani ancaman-ancaman yang memberi impak besar kepada keselamatan serta kedaulatan negara secara komprehensif.
Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, ‘ancaman bukan tradisioanal’ merangkumi pelbagai cabaran yang melangkaui ancaman ketenteraan konvensional.
“Usaha-usaha ini melibatkan pelbagai agensi dalam dan luar negara yang merangkumi inisiatif peningkatan kesedaran dan keupayaan siber pertahanan, pengukuhan jalinan kerjasama antarabangsa secara konsisten, penekanan dalam perancangan pertahanan serta peningkatan peruntukan bagi kesiapsiagaan keperluan teknologi yang berkaitan secara komprehensif,” jelasnya dalam penyataan jawapan lisan Dewan Negara.
Pada masa sama, Khaled menyatakan, aspek tersebut termasuk ancaman siber, keganasan, bencana alam, perubahan iklim, pandemik dan jenayah yang melibatkan aktiviti rentas sempadan.
Sehubungan itu, MINDEF terus komited untuk memperkukuh pertahanan negara dalam menghadapi ancaman bukan tradisional dan dengan pendekatan itu bagi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara kekal terpelihara. -airtimes.my
#AirTimes #Pertahanan #Ketenteraan #Malaysia