if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Malaysia-Rusia bincang keselamatan dan pertahanan dalam memperkukuh hubungan dua hala

Malaysia-Rusia bincang keselamatan dan pertahanan dalam memperkukuh hubungan dua hala

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 27 FEB – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Keselematan Persekutuan Russia, Sergei Shoigu di Putrajaya hari ini bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara Russia-Malaysia.

“Hari ini saya menerima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Persekutuan Russia, Sergei Shoigu yang dalam lawatan kerja ke Malaysia,” katanya, menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Anwar menyatakan, beberapa isu termasuk pertahanan, keselamatan dan ekonomi antara topik yang dibincangkan dalam meningkatkan hubungan dua hala, selain perbankan, sains dan teknologi, keselamatan siber, jaringan perhubungan serta bidang latihan.

Sementara itu, beliau juga berpeluang berkongsi hasil pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu menghadiri Forum Ekonomi Timur pada September tahun lalu.

“Ia satu platform penting untuk mempelbagaikan usaha diplomasi ekonomi negara dan meningkatkan kerjasama dengan negara anggota melalui inisiatif bersama serta perkongsian strategik.

Sebelum pulang, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada Shoigu atas lawatan itu yang pastinya bakal membawa kepada kerjasama yang bermakna pada tahun-tahun mendatang. -airtimes.my

#AirTimes #Rusia #Pertahanan #Keselamatan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply