if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkasa, pastikan kedaulatan negara terjamin

Aset ATM di Sabah, Sarawak perlu diperkasa, pastikan kedaulatan negara terjamin

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 27 Feb – Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh bagi memastikan memastikan keutuhan sempadan negara terus terpelihara serta menjamin keselamatan rakyat.

Panglima ATM, Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, keutuhan dan keamanan wilayah khususnya di Sabah dan Sarawak adalah keutamaan dalam dasar pertahanan negara.

“Kalau kita tengok juga Kertas Putih Pertahanan, di sinilah letaknya. Ini lawatan sulung saya ke Sabah untuk melihat kawasan yang paling jauh, yang paling penting yang kita ada,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Markas Pemerintahan Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar, pada Rabu.

Menurutnya, berdasarkan taklimat kesiagaan yang telah disampaikan, ketiga-tiga perkhidmatan ATM berada pada tahap pengawasan dan kesiagaan aset serta peralatan yang baik.

“Pihak ATM akan sentiasa menentukan aspek sumber manusia dan peralatan meliputi ketiga-tiga perkhidmatan terus kekal berada pada tahap tertinggi dalam usaha memastikan kedaulatan persempadanan negara dan zon maritim Malaysia sentiasa selamat dan terjamin daripada sebarang ancaman,

“Pelaksanaan operasi secara berterusan oleh ATM di lokasi strategik di sekitar Sabah juga dilihat memberi impak positif terhadap tahap keselamatan dan peningkatan keyakinan masyarakat setempat,” ujarnya lagi.

Terdahulu Panglima Angkatan Tentera telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.

Kemudian, beliau mengadakan sesi lawatan ke KD TUN RAZAK yang merupakan kapal selam kedua negara yang dioperasikan oleh TLDM.

Datuk Mohd Nizam kemudian menghadiri sesi perjumpaan dan ramah mesra bersama warga ATM dari ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di Sabah.

Lawatan ini mengukuhkan komitmen ATM untuk terus mempertahankan kedaulatan negara, selain memastikan kesiapsiagaan aset serta moral anggota berada pada tahap tertinggi.

#pertahanan #airtimes #ATM #Sabah #Malaysia #MohdNizam

Related Articles

Leave a Reply