if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Anwar: Rasuah dalam pertahanan pengkhianatan kepada negara

Anwar: Rasuah dalam pertahanan pengkhianatan kepada negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 27 Feb – Semua perolehan sektor pertahanan mesti dilakukan secara telus dan mengikut prosedur ketat bagi mengelakkan ketirisan serta pembaziran, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menekankan kepentingan sistem perolehan yang bersih bagi membendung rasuah daripada terus berleluasa, terutama dalam sektor yang melibatkan keselamatan negara.

“Tidak ada rundingan terus. Semua mesti melalui proses tender dan disahkan oleh Kementerian Kewangan. Saya tidak peduli dari mana surat datang atau sebesar mana permintaan itu, ia mesti mengikut prosedur,

“Nak beli perkakasan digital, kecerdasan buatan (AI) atau pusat data, ikut proses. Nak beli senjata, ikut proses. Tentukan keperluan negara, jangan beli kapal berpuluh tahun tersadai sehingga berbilion ringgit lesap, kemudian kita diam. Ini perbuatan yang boleh menghancurkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Perasmian Bulan Wakaf Kebangsaan 2025, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, beliau tidak akan membenarkan sebarang pihak dalam sektor pertahanan terlibat dalam amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Saya tidak kira sebesar mana pangkat atau kedudukan seseorang, saya tidak akan izinkan perkara ini berlaku kerana ia mengkhianati amanah dan merosakkan sistem pertahanan negara,

“Saya akan berusaha sedaya upaya untuk membersihkan segala ketirisan ini,” tegasnya lagi.-airtimes.my

#semasa #Anwar #airtimes #aset #pertahanan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply