if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa OKU maut digilis LRT: Kerajaan akan pasang CCTV dan pintu keselamatan

OKU maut digilis LRT: Kerajaan akan pasang CCTV dan pintu keselamatan

by Suraya Aziz

KUALA LUMPUR, 22 FEB – Seorang lelaki kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan LRT Titiwangsa sebelum digilis kereta api dalam kejadian yang berlaku pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Fadil Hesam Mohd berkata, mangsa, seorang lelaki berbangsa Cina, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa dipercayai hilang keseimbangan sebelum terjatuh ke landasan tanpa disedari oleh pemandu tren. Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, proses pengalihan mayat sedang dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan keselamatan dan kelancaran operasi penyiasatan.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd mengambil langkah keselamatan dengan menyahaktifkan bekalan kuasa di stesen berkenaan bagi memberi laluan kepada pasukan penyelamat, pihak polis, dan pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya sedang mengenal pasti identiti mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian ini kerana mangsa tergelincir sebelum sebuah kereta api melalui landasan tersebut. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat,” tambahnya.

Susulan kejadian ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengarahkan kajian semula terhadap aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan OKU.

Antara langkah yang akan diambil termasuk pemasangan Smart CCTV yang berupaya mengesan perilaku berisiko dan pemasangan Platform Screen Doors (PSD) di kesemua laluan LRT bagi meningkatkan keselamatan penumpang. -airtimes.my

#OKUmautdigilis #RapidKL #LRT #Tergelincir #Malaysia #AnthonyLoke 

Related Articles

Leave a Reply