Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sewa 28 helikopter: Menanti jawapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Sewa 28 helikopter: Menanti jawapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat

Sewa 28 helikopter: Menanti jawapan Menteri Pertahanan di Dewan Rakyat

by M.Daim

Sesi Dewan Rakyat pada sesi petang hari ini akan menjadi tumpuan apabila Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan berhubung perolehan 28 buah helikopter secara pajak, hari ini.

 

Menteri Pertahanan akan menjawab isu tersebut semasa sesi Pengulungan Bahas Titah Diraja untuk Kementerian Pertahanan yang dijadualkan akan berlangsung pada petang ini. Terdapat pelbagai isu yang berkaitan Kementerian Pertahanan telah dibangkitkan di Dewan Rakyat. Namun begitu, isu 28 buah helikopter sewa akan menjadi tumpuan utama.

 

Perolehan helikopter secara pajak ini merupakan antara isu yang kerap dibangkitkan semasa sesi Bahas Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terutamanya dari barisan pembangkang.

Selain harga, kemampuan helikopter sewa untuk penuhi keupayaan NURI turut menjadi persoalan. Foto: Air Times/M Daim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah meminta kerajaan menjelaskan mengapa kos perolehan 28 buah helikopter oleh Malaysia lebih mahal berbanding pembelian 32 buah pesawat yang sama oleh Poland.

 

“Ada bukti pula lagi bahawa baru-baru ini helikopter yang dibeli oleh Poland,

 

“Ini menunjukkan bahawa mereka ini beli murah sangat (sebanyak) US$1.83 bilion. Lebih kurang RM8 bilion atau RM9 bilion,

 

“Yang kita ini, sign kontrak, 28 buah helikopter, RM16.6 bilion. Sewa pula itu, bukan belian, sewa!” kata Hamzah pada 4 Februari lalu.

 

Beliau menambah, pihak kerajaan sebelum ini melalui Kementerian Dalam Negeri telah menolak cadangan sewaan helikopter oleh pihak pembekal.

AW139 GOCOM yang tidak mampu untuk melakukan underslung telah menjadi persoalan pelbagai pihak. Foto: Air Times/ M Daim

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mempersoalkan mengapa kerajaan begitu tergesa-gesa untuk memeterai kontrak perolehan 28 helikopter.

 

Malah, bekas Timbalan Menteri Pertahanan itu turut menyatakan bahawa beliau ragu-ragu (skeptikal) dengan kemampuan helikopter yang akan dibekalkan kepada kerajaan.

 

“Saya mohon Menteri Pertahanan untuk tidak perlu menghuraikan secara panjang-panjang atau menjawab secara helah kerana sawa cuma minta beliau jawab secara ringkas sahaja – sama ada boleh atau tidak helikopter AW149 ini melaksanakan tindakan underslung meriam 105mm Paack Howitzer sebagaimana keupayaan helikopter Nuri,” kata Ikmal.

 

Selain itu, beliau menyatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perolehan helikopter secara pajak oleh kerajaan.

 

“Sekiranya AW149 kononnya paling canggih, paling baharu tak boleh (lakukan underslung), soalan tambahan saya lagi – kenapa MINDEF (Kementerian Pertahanan Malaysia) perlu bersetuju dengan pembekalan AW149 untuk kegunaan ATM sekiranya ia tidak boleh melaksanakan tindakan basic underslung yang sudah biasa dilaksanakan oleh Nuri dan EC725 yang sedia ada?” soal Ahli Parlimen Tanah Merah pada 12 Februari lalu.

Helikopter NURI yang telah ditamatkan khidmat pada tahun 2019 lalu mempunyai keupayaan underslung. Foto: Air TImes/M Daim

Sudah tentu persoalan sebegini timbul memandangkan beliau pernah mengajukan soalan secara bertulis kepada Kementerian Pertahanan berhubung keupayaan AW139 untuk melakukan underslung di Parlimen pada tahun lalu.

 

Dalam Pertanyaan Lisan oleh Ikmal pada Jun tahun lalu, pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan helikopter AW139 yang dioperasikan secara Government Operate, Company Owned tidak mampu melakukan pengoperasian secara underslung

 

“Helikopter sewaan AW139 GOCOM mempunyai keupayaan yang terhad iaitu keupayaan bagi penugasan utiliti sahaja,

 

“Oleh itu, helikopter yang telah ditawarkan tidak dilengkapi dengan peralatan misi underslung (Underslung Gear),

 

“Spesifikasi helikopter ini juga tidak berkeupayaan untuk melaksanakan operasi underslung yang melibatkan muatan aset-aset tentera berat seperti bot dan meriam untuk jarak yang optimum dan selamat,” kata Menteri Pertahanan dalam Penyataan Jawapan Lisan yang bertarikh  27 Jun 2024.

Siri latihan AMTOP oleh TUDM turut mempamerkan kemampuan EC725AP (H225M) untuk melakukan underslung. Foto: TUDM

Keupayaan underslung sememangnya menjadi salah satu keperluan mustahak memandangkan ia diperlukan untuk melakukan untuk mengangkut kargo di bawah pesawat.

 

Ini dengan melihat siri-siri latihan yang dilaksanakan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam Latihan Air Mobility Tactical Operation (AMTOP).

 

Selain itu, semasa Demonstrasi Kuasa Tembakan, EC725AP TUDM dan Nuri yang dioperasikan  Tentera Darat Malaysia telah membuktikan kemampuan mereka untuk membawa meriam howitzer 105mm OTO MELARA secara underslung.

 

Perolehan 28 helikopter secara pajak menjadi tumpuan berikutan harga yang dianggap tinggi. Tambahan pula, perolehan kesemua pesawat adalah dilakukan secara sewa untuk 15 tahun.

 

Menteri Pertahanan sebelum ini menjelaskan bahawa perolehan kesemua 28 buah helikopter terbabit adalah berkonsepkan sewa untuk memiliki.

 

“Melalui kaedah ini, isu utama yang akan diatasi adalah masalah ketersediaan dan kesiagaan pesawat-pesawat helikopter sedia ada,” kata Menteri Pertahanan semasa semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat pada 14 November 2024.

Beliau menambah, perolehan secara pajakan ini turut memberikan pilihan kepada kerajaan untuk membeli kesemua 28 aset tersebut pada harga nominal RM 1 seunit helikopter.

 

Khaled turut m

Ketiadaan Nuri telah memberikan kesan tersendiri kepada ATM. Foto: Air Times/M Daim

enegaskan pendirian kerajaan yang berpandangan bahawa kos kontrak bernilai RM16.546 bilion tersebut adalah wajar.

 

Pada Disember lalu, kerajaan Malaysia telah meterai kontrak perolehan 28 buah helikopter sewa dengan WESTAR AVIATION SDN BHD. Perolehan secara pajakan ini melibatkan  28 buah helikopter termasuk 2 buah untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 12 untuk TUDM. – airtimes.my

 

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #DewanRakyat

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?