Home Semasa Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Menerusi catatan dalam Facebook Sultan Ibrahim, Anwar turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara kepada baginda.

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri mempersembahkan perkara-perkara berkaitan perkembangan semasa negara, selain bertanyakan khabar kesihatan Seri Paduka Baginda,” jelas hantaran itu, hari ini.

Hantaran yang sama memaklumkan, turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah dalam pertemuan tersebut.

Terdahulu, Anwar tiba di Bahrain bagi lawatan rasmi di atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Semalam media melaporkan, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan musculoskeletal (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Februari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan tersebut pada 7 Februari lalu.-airtimes.my

#semasa #Anwar #DaulatTuanku #Malaysia #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?