Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pendaratan tersasar: Anggota TDM terlanggar penunggang motosikal

Pendaratan tersasar: Anggota TDM terlanggar penunggang motosikal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) mengalami kecederaan ringan selepas terlanggar seorang penunggang motosikal ketika melakukan pendaratan payung terjun di kawasan Tanjung Bidara, Melaka, pada Sabtu lalu.

Markas TDM dalam kenyataan memaklumkan, insiden tersebut melibatkan Koperal Mohd Zahier Zainol Abidin, 29, dari pasukan Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD (Para)) semasa melakukan Latihan Penerjunan Bebas Eksesais Eagle Swift di Zon Pendaratan (ZG) Airstrip, Kem Terendak, Melaka.

Menurut TDM memaklumkan, perubahan arah angin menyebabkan anggota tersebut terkeluar dari garis pendaratan yang ditetapkan dan terpaksa mendarat di kawasan berhampiran ZG.

“Tim recovery zon pendaratan telah mengambil tindakan pantas dengan memeriksa kedua-dua pihak yang terlibat dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dialami oleh penunggang motosikal berkenaan,

“Penunggang motosikal itu juga didapati meninggalkan lokasi sebelum maklumat lanjut dapat diambil,” jelas kenyataan itu lagi.

Koperal Mohd Zahier dihantar ke 94 Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bagi menjalani pemeriksaan lanjut dan disahkan hanya mengalami cedera ringan.

Rakaman kejadian yang dirakam oleh orang awam itu kemudian tular di media sosial.

Susulan itu, TDM menggesa orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden ini sehingga siasatan selesai.-airtimes.my

#TDM #PARA #aitimes #payungterjun #eksesais

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?