Home SemasaGlobal 18 cedera akibat pesawat penumpang terbalik selepas mendarat

18 cedera akibat pesawat penumpang terbalik selepas mendarat

by M.Daim

TORONTO, 18 FEB – Seramai 18 orang penumpang cedera apabila sebuah pesawat penumpang milik Delta Airlines terbalik selepas mendarat.

 

Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson mengesahkan insiden melibatkan sebuah pesawat penumpang milik Delta Airlines yang tiba dari Minneapolis.

 

Sementara itu, pihak Delta Airlines menyatakan 18 orang cedera.

Pesawat penumpang CRJ900 membawa 76 penumpang dan 4 anak kapal semasa kejadian. Foto: AccuWeather

“Insiden melibatkan pesawat CRJ900 yang membawa 76 penumpang dan 4 anak kapal,

 

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan 18 penumpang yang cedera telah dibawa ke hospital,

 

“Fokus kami pada ketika ini adalah memberikan rawatan kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Kemalangan dilaporkan berlaku pada pukul 2.15 petang waktu tempatan (3.15 pagi waktu Malaysia).

 

Berikutan insiden yang berlaku, operasi penerbangan Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Perason tergendala seketika sebelum diteruskan semula 3 jam kemudian.

 

“Siasatan kemalangan akan dilakukan oleh pihak keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan. – airtimes.my

 

#AirTimes #nahasudara #Global

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?