Home SemasaGlobal Singapura tekad perkukuh kebebasan pelayaran serantau

Singapura tekad perkukuh kebebasan pelayaran serantau

by M.Daim

MANILA, 18 FEB – Singapura menegaskan sokongannya terhadap kebebasan pelayaran dan penerbangan di rantau ini disamping dalam usaha memperluaskan kerjasama pertahanan dengan Filipina.

Duta Besar Singapura ke Filipina, Constance See menyatakan perkara itu dalam majlis sambutan kunjungan muhibah kapal Tentera Laut Republik Singapura (RSN), RSS ENDEAVOR, ke Manila pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, Singapura akan terus bekerjasama dengan Filipina serta negara anggota ASEAN lain dalam memperkukuh undang-undang antarabangsa.

“Sebagai sebuah negara yang mempunyai perdagangan tiga kali ganda lebih besar daripada keluaran dalam negara kasarnya (GDP), Singapura memberikan keutamaan yang amat tinggi terhadap kebebasan navigasi dan penerbangan sebagai prinsip undang-undang antarabangsa,” kata See dalam laporan oleh media Filipina.

See turut menekankan keperluan bagi negara-negara menyelesaikan sebarang pertikaian melalui dialog dan diplomasi.

Kunjungan RSS Endeavor ke Manila dari 13 hingga 16 Februari merupakan persinggahan pertama kapal RSN ke ibu negara Filipina dalam tempoh 26 tahun.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada program Latihan Laut Midshipman, yang memberi peluang kepada pegawai kadet Singapura untuk mengaplikasikan pembelajaran mereka dalam pelayaran sulung.

Singapura dan Filipina sebelum ini telah memeterai memorandum persefahaman mengenai kerjasama pertahanan pada Julai 2024, yang melanjutkan perjanjian 2023 berkaitan pendidikan, bantuan latihan, serta sokongan dalam aktiviti bantuan kemanusiaan dan bencana.

– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?