Home Teknologi PertahananHelikopter GÖKBEY kini berupaya untuk terbang dalam cuaca sejuk yang ekstrem

Helikopter GÖKBEY kini berupaya untuk terbang dalam cuaca sejuk yang ekstrem

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 17 FEB – Helikopter utiliti pelbagai peranan keluaran Turkish Aerospace (TUSAS), GÖKBEY kini berupaya untuk beroperasi dalam iklim sejuk.

Pihak TUSAS dalam satu kenyataan berkata, ujian penerbangan altitud rendah dalam iklim sejuk itu melibatkan keadaan cuaca ekstrem dengan suhu serendah -30°C.

“Ujian ini merupakan salah satu fasa kritikal untuk mencapai pengiktirafan penerbangan untuk awam dan ketenteraan,

“Ia dijalankan di wilayah Kiruna, Sweden,” kata TUSAS dalam satu kenyataan.

Ujian penerbangan pada suhu sejuk yang ekstrem merupakan antara langkah TUSAS untuk pastikan GÖKBEY mampu penuhi keperluan misi. – Foto: TUSAS

Menurutnya, ujian ini merupakan sebahagian daripada kempen ujian penerbangan yang dilaksanakan untuk helikopter itu dalam tempoh satu bulan.

Fokus ujian yang dilaksanakan untuk GÖKBEY adalah merangkumi kawalan, prestasi penerbangan, manuver, pelepasan, pendaratan dan had penerbangan.

“Had kelajuan dan sudut pendaratan turut diuji dalam ujian penerbangan cuaca sejuk,

“Selaras dengan kehendak standard keselamatan penerbangan, GÖKBEY turut berjaya melaksanakan penerbangan dengan selamat dalam senario serta simulasi kecemasan,

“Ini melibatkan ujian kawalan penerbangan yang dilaksanakan pada kelajuan 176 knot (325.95 kilometer sejam),” jelas kenyataan itu.

Ujian yang dilaksanakan di Sweden sekaligus buktikan kemampuan GÖKBEY untuk beroperasi dalam pelbagai keadaan cuaca. Foto: TUSAS

Menurut TUSAS, lebih 60 misi penerbangan, 60 jam penerbangan dan 600 ujian individu dilaksanakan untuk  GÖKBEY.

T625 GÖKBEY merupakan helikopter utiliti yang dibangunkan oleh TUSAS, yang juga sebahagian daripada matlamat Turkiye untuk mencapai kemandirian dalam industri pertahanan mereka. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #TUSAS #GÖKBEY

Related Articles

Leave a Reply