Home Semasa Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI – Anwar

Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.1 peratus pada 2024 adalah bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, dasar itu amat berkesan dalam memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan keyakinan pelabur.

“Pencapaian ini menjadi bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, terutama dalam memateri keyakinan pelabur serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara,

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif ini dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat,” katanya dalam catatan di laman Facebook rasminya, pada Sabtu.

Menurutnya, lebih membanggakan, kerajaan MADANI juga berjaya mengurangkan defisit fiskal kepada 4.1 peratus, lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus.

Tambahnya, pencapaian ini mengatasi unjuran asal antara 4 hingga 5 peratus serta melonjak lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023.

“Pertumbuhan kukuh ini didorong oleh peningkatan pelaburan yang melonjak 12 peratus yakni tertinggi dalam 12 tahun, serta eksport yang terus berkembang, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E),

“Pemulihan pelancongan dan pelaksanaan pantas projek infrastruktur utama turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya lagi.

Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pertumbuhan kukuh KDNK itu didorong oleh permintaan dalam negara yang terus berkembang dan pemulihan eksport.

Pertumbuhan di dalam negara didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, selain langkah dasar bagi menyokong isi rumah dan kedudukan kewangan isi rumah yang kukuh.

“Selain itu, kelulusan pelaburan yang mantap serta projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta, termasuk inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional (iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Strategi Semikonduktor Nasional), memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan pelaburan,” jelas BNM.-airtimes.my

#semasa #Malaysia #KDNK #anwar #DSAI #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?