Home Pertahanan dan Keselamatan KKM perkenal Sistem Temujanji Berperingkat untuk rawatan Veteran ATM

KKM perkenal Sistem Temujanji Berperingkat untuk rawatan Veteran ATM

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 13 FEB – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan Pelaksanaan Sistem Temujanji Berperingkat (Staggered Appoinment) di semua Klinik Kesihatan berdasarkan Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 11/2016.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, penambahbaikan sistem tersebut diperkenalkan bagi pelanggan atau Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan rawatan dengan membuat permohonan temujanji secara dalam talian aplikasi MySejahtera sejak 6 September 2022 lalu.

“Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan sentiasa berusaha dan bekerjasama dengan KKM bagi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada Veteran ATM,” jelasnya, dalam memastikan sistem perkhidmatan itu menjadi lebih efisien.

Beliau menyatakan lagi, pelaksanaan sistem itu bertujuan mengurangkan kesesakan kedatangan pelanggan pada satu-satu masa dengan mengurangkan waktu menunggu semasa mendapatkan rawatan di Fasiliti Kesihatan KKM.

“Pelanggan atau Veteran ATM boleh mendapatkan temujanji rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan di bawah KKM,” ujar Khaled Nordin.

Kebiasaan pelanggan atau Veteran ATM yang mendapatkan rawatan bagi penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi, asma dan sebagainya mempunyai jangka waktu khusus satu hingga tiga (1-3) bulan untuk temujanji seterusnya, selain pemberian jumlah ubat yang mencukupi serta  pemeriksaan ulangan.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta Ahli Keluarga berkelayakan, layak untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan secara percuma di Hospital mahupun Klinik Kerajaan.

Perkara itu merujuk kepada Perintah Am bab F Tahun 1974 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009, yang ditetapkan oleh KKM.

“Kemudahan ini turut terpakai kepada Veteran ATM sebagaimana dijelaskan dalam Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bilangan 11 Tahun 2017,” katanya.

Justeru, rawatan kesihatan buat Veteran ATM tertakluk kepada Pekeliling dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh KKM.

Rawatan Pesakit Luar, Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan, Saringan Kesihatan Peka B40, Perkhidmatan Pra-Pekerjaan, Perkhidmatan Berhenti Merokok, Perkhidmatan Perancangan Keluarga dan Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dan lain-lain antara rawatan yang diberikan melalui temu janji dalam aplikasi MySejahtera.

Kategori pelanggan KKM bagi Staggered Appoinment adalah Pelanggan kes penyakit kronik (diabetes, hypertension, dyslipidemia, asthma, heart disease, epilepsy, thyroid disese) ; Pelanggan kes akut yang memerlukan perkhidmatan atau rawatan susulan ; Pelanggan baru discaj dari hospital dan perlu meneruskan rawatan susulan di klinik kesihatan ; Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan pemeriksaan saringan atau routine medical examination.

Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dan komited dalam menjaga kebajikan Veteran ATM terutamanya berkaitan rawatan perubatan dan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memberikan rawatan kepada Veteran ATM. -airtimes.my

#AirTimes #JHEV #KKM #ATM #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?