Home Pertahanan dan Keselamatan Penyertaan anggota wanita dalam ATM kurang dari sasaran Kertas Putih Pertahanan

Penyertaan anggota wanita dalam ATM kurang dari sasaran Kertas Putih Pertahanan

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 12 FEB – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menyatakan pembabitan anggota tentera wanita dalam Angkatan Tentera Wanita (ATM), belum mencapai sasaran 10 peratus seperti yang dibentangkan dalam Kertas Putih Pertahanan, sebelum ini.

Berikutan, sehingga kini terdapat kekurangan sekitar dua peratus daripada sasaran yang ditetapkan.

“Kita dapat melihat beberapa aspek yang boleh tingkatkan lagi pelibatan wanita di ATM itu sendiri, terutamanya dari segi penggunaan teknologi malah domain cyber kita, ruang kepada wanita amat terbuka luas,”

Tambahnya lagi, melalui Kertas Putih Pertahanan, membolehkan sasaran dicapai bahkan ingin meningkatkan menerusi promosi, pembabitan wanita dalam ATM.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan lagi, Kementerian akan mengkaji semula Kertas Putih Pertahanan pada tahun ini.

Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan tambahan Dr Siti Mastura Muhammad (PN- Kepala Batas) berhubung pembabitan wanita berbanding penjawatan yang telah dilaksanakan sejak tiga tahun kebelakangan ini. -airtimes.my

#AirTimes #ATM #Pertahanan #KertasPutihPertahanan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?