Home Semasa Kontrak Westar di Timor Leste pacu perkembangan ekonomi Malaysia di luar negara

Kontrak Westar di Timor Leste pacu perkembangan ekonomi Malaysia di luar negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 FEB – Kejayaan Westar dalam meraih kontrak di Timor Leste merupakan salah satu pencapaian penting kepada negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Westar dalam satu kenyataan yang menyifatkan kontrak yang dimeterai pada akhir Januari lalu akan pacu kerjasama strategik antarabangsa dan juga pembangunan ekonomi di antara Malaysia, Timor-Leste serta Australia.

“Sebagai peneraju dalam kontrak berprestij ini, Weststar-GAP kekal teguh dalam komitmennya terhadap kecemerlangan operasi, keselamatan, dan kelestarian,

“Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan Weststar-GAP sebagai pemacu utama infrastruktur tenaga serantau serta pencetus kemajuan dalam keupayaan penerbangan di Timor-Leste dan seterusnya,” jelas Westar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim menyatakan kontrak ini akan membangunkan bakat penerbangan tempatan di Timor Leste.

“Kami komited sepenuhnya dalam membangunkan keupayaan penerbangan Timor-Leste,

“Melalui program latihan menyeluruh dan inisiatif peningkatan kemahiran, kami berhasrat untuk memperkasa bakat tempatan dan menyumbang kepada kemandirian penerbangan negara ini,” ujar beliau.

Terdahulu, Westar melalui usaha sama Weststar-GAP Aviation telah meterai kontrak pembekalan perkhidmatan helikopter bernilai US$40 juta di Timor-Leste kepada syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty. Ltd.

Usaha sama ini dibentuk dengan kerjasama Timor GAP-Timor Gas Petroleo, E.P., dengan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA.

Kontrak perjanjian telah ditandatangani oleh ahli Lembaga Pengarah Weststar-GAP Aviation, Syed Muhammad Azni Syed Azman, dan Vicente da Costa Pinto.

Syarikat Santos NA (19-12) Pty. Ltd pula diwakili oleh Vince Santostefano, dan Marcie Evans.

Kontrak yang dimeterai di Hotel Timor pada akhir Januari lalu disaksikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; , Menteri Petroleum dan Sumber Mineral Timor-Leste,Francisco da Costa Monteiro; dan Menteri Perdagangan dan Industri Timor-Leste, Filipus Nino Pereira.

Kontrak ini mula berkuatkuasa 1 Februari 2025 dengan pembekalan 2 buah helikopter AW189 oleh pihak Westar. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #Westar #TimorLeste

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?