Home Semasa Terdapat 1,825 veteran ATM hilang upaya di seluruh Malaysia – Kementerian Pertahanan

Terdapat 1,825 veteran ATM hilang upaya di seluruh Malaysia – Kementerian Pertahanan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 2 FEB – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat seramai 1,825 veteran ATM hilang upaya seluruh Malaysia termasuk yang cedera semasa melaksanakan tugas aktif.

“Daripada jumlah tersebut seramai 292 veteran ATM mengalami kecederaan semasa operasi dan latihan berisiko tinggi,” kata pihak Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seramai 43 orang dari 292 veteran ATM yang tersenarai telah menerima bantuan semenjak Januari 2025.

“Dalam usaha menjamin kebajikan mereka, kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan Kadar Faedah Hilang Upaya (FHU) veteran ATM berkuatkuasa pada Januari 2025

“Antaranya Peningkatan Pencen Hilang Upaya (PHU) Pencen bulanan bagi semua peratus darjah hilang upaya dan kenaikan 10% untuk penerima sedia ada di susunan 2A di dalam PPAT 1982,” jelas Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Ganjaran Hilang Upaya (GHU) Ganjaran antara RM6,000.00 hingga RM72,000.00 mengikut peratus kecederaan individu secara (one-off) kepada semua anggota yang cedera semasa tugas aktif

“Elaun Pelajaran Kepada anak penerima PHU dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 kepada RM1,600 hingga RM5,400,

“Elaun Layanan Sentiasa telah dinaikkan daripada RM440 kepada RM1,500 sebulan,” jelas kenyataan itu.

Kementerian Pertahanan menegaskan pihaknya melalui Jabatan Hal Ehwal ATM (JHEV ATM) akan terus komited memelihara kebajikan veteran ATM.

“Tekad ini adalah selari dengan komitmen yang telah digariskan dalam Pelan Strategik MINDEF 2021-2025: Teras 7 – Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM,

“Iltizam ini juga disokong dengan peningkatan peruntukan JHEV ATM sebanyak RM226 juta kepada RM239 juta bagi tahun 2025,” ujarnya.

Menurut Kementerian Pertahanan Malaysia, peruntukan yang disediakan adalah untuk membiayai perbelanjaan kebajikan dan kemudahan veteran ATM khususnya Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Perubatan, Bantuan Institut Pengajian Tinggi dan Persekolahan, Inisiatif Perumahan dan sebagainya. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #Veteran

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?