Home SemasaGlobal Iran uji peluru berpandu Ghadr-380, dakwa mampu gempur sasaran pada jarak 1,000 kilometer

Iran uji peluru berpandu Ghadr-380, dakwa mampu gempur sasaran pada jarak 1,000 kilometer

by M.Daim

TEHRAN, 2 FEB – Iran dilaporkan telah berjaya menguji peluru berpandu kruis anti kapal yang berupaya menggempur sasaran sejauh 1,000 kilometer.

Jarak serangan peluru berpandu tersebut sekaligus meletakkan mana-mana aset Tentera Laut Amerika Syarikat di Teluk Parsi dan Laut Oman berada dalam lingkungan jarak serangan.

Menurut laporan media Iran, peluru berpandu Ghadr-380 mempunyai jarak serangan melebihi 1,000 kilometer.

“Ia (peluru berpandu) turut mempunyai keupayaan anti-gangguan (anti jamming),” kata Jeneral Ali Reza Tangsiri, Ketua Tentera Laut Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dalam laporan itu.

Media Iran memaparkan kemudahan peluru berpandu bawah tanah di pantai selatan Iran.

Dalam pada itu,  Tangsiri menegaskan bahawa kemudahan tersebut hanyalah “sebahagian daripada sistem peluru berpandu Pengawal Revolusi,” dan menambah bahawa peluru berpandu ini mampu “mencipta neraka bagi kapal-kapal perang musuh.”

Peluru berpandu baharu ini digambarkan sebagai “peluru berpandu canggih” yang boleh dilancarkan dari kemudahan bawah tanah.

Laporan media kerajaan Iran turut menyatakan ujian penembakan  Ghadr-380 melibatkan pelancaran peluru berpandu dari kawasan tengah Iran ke arah Laut Oman.

“Peluru berpandu ini boleh disediakan dan dilancarkan oleh seorang anggota \ dalam masa kurang daripada lima minit,” kata laporan itu.

Ghadr-380 merupakan antara sistem persenjataan strategik yang didedahkan secara perlahan-lahan kepada masyarakat dunia semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, Negara Teluk itu didakwa  memiliki peluru berpandu yang mampu menempuh jarak sehingga 2,000 kilometer yang boleh mencapai sebahagian besar rantau Timur Tengah, termasuk Israel.  – airtimes.my

#AirTimes #Global #Iran

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?