Home Diskusi Kolumnis: DIPN – Sejauhmana pelaksanaan nanti atau hanya sekadar atas kertas?

Kolumnis: DIPN – Sejauhmana pelaksanaan nanti atau hanya sekadar atas kertas?

by Zaki Salleh

Majlis Perutusan Tahun Baharu Kementerian Pertahanan (Mindef) minggu lalu menarik perhatian apabila 10 fokus utama dibentangkan sebagai hala tuju strategik kementerian itu.

Fokus utama yang digariskan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ini adalah perancangan 2025 Mindef seiring dengan cabaran dan keperluan semasa.

Butiran terperinci mengenai fokus tersebut boleh diakses menerusi media massa secara terbuka.

Cuma, apa yang menarik perhatian ialah pada Fokus 5 dan 6 yang diketengahkan.

Fokus 5 ialah ‘Membangunkan industri pertahanan tempatan yang kompetitif dan berdaya saing’.

Dasar Industri Pertahanan Negara akan dilancarkan semasa LIMA 2025 dengan libat urus awam melalui portal dalam talian, disokong oleh penubuhan Strategic Defence Management (SDM).

Fokus 6 pula tentang ‘Merancakkan kajian, penyelidikan dan pengkomersialan inovasi pertahanan melalui Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)’.

Ia menekankan bahawa satu Majlis Penasihat Sains dan Teknologi Pertahanan (MPSTP) ditubuhkan untuk menentukan dasar, hala tuju, dan perancangan sains serta teknologi pertahanan nasional.

Sementara STRIDE 2025 fokus pada penyelidikan kritikal seperti pembangunan Unmanned Aerial System (UAS) dan Sistem Persenjataan, dengan kerjasama IPT dan industri bagi mengkomersialkan inovasi serta mengelak kejutan teknologi dalam pertahanan.

Mindef 26 tahun lalu, telah menubuhkan Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MDIC) dengan fungsi untuk menyelaraskan susun atur pembangunan sektor industri pertahanan di Malaysia.

Ia diuruskan oleh kementerian melibatkan 56 ahli dari sektor swasta dan kerajaan.

MDIC bukan sahaja berfungsi untuk menyokong pembangunan sektor tempatan, tetapi juga memasarkanya ke pasaran luar negara dan membantu syarikat mengakses pasaran luar.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan hubangan dengan industri perthanan lain.

Objektif kerajaan pada masa itu ialah untuk meninggikan industri tempatan seterusnya menjadi pemain dalam ekonomi tersebut.

Mudah untuk kita memahami mengapa MDIC diwujudkan iaitu apabila Malaysia mula terbabit sebagai penganjur dua pameran pertahanan bertaraf antarabangsa iaitu LIMA sejak 1991 dan DSA (sejak 1986).

Mengejut juga apabila memasuki tahun 2025 Mindef baharu meletakkan fokus kepada STRIDE pada penyelidikan/ pembangunan UAS yang ketika ini sering disebut sebagai senjata untuk pertempuran masa depan.

Ini kerana penglibatan industri tempatan dalam teknologi dron bukanlah baharu.

Malaysia sebenarnya merupakan antara negara pendahulu di Asia Tenggara yang telah mengkaji, membangun dan menghasilkan dron buatan tempatan.

Industri dron Malaysia bermula dengan penggunaan Aerial Reconnaissance Vehicle atau ARV menggunakan pesawat Eagle yang dioperasikan oleh TUDM pada tahun 1999.

Eagle merupakan projek perintis bagi ATM dan industri untuk mencuba pesawat ARV yang ketika itu disifatkan sebagai revolusi teknologi pertahanan masa hadapan.

Semasa Malaysia membangunkan teknologi dron, Türkiye juga melakukan perkara sama, malangnya pembangunan dron di Malaysia terhenti pada tahun 2009 apabila pengguna beralih kepada pembekal luar negara.

Sepanjang tempoh itu, iaitu antara 1999 hingga 2008, beberapa syarikat tempatan telah menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan dron buatan Malaysia seperti System Consultancy Sdn. Bhd., CTRM dan Deftech.

Kolaborasi syarikat tempatan ini telah melahirkan dron Nyamuk, Agas dan Aludra yang mana ia telah digunakan oleh ATM dalam operasi di pantai timur Sabah.

Sebab itu apabila teknologi dron dan UAS hari ini diberikan perhatian oleh Mindef, ia sebenarnya tidak berlaku jika industri dron tempatan tidak terhenti di tengah jalan 15 tahun lalu.

Mengikut ‘road map’ pembangunan industri dron Malaysia juga, sepatutnya menjelang tahun 2015-2018 Malaysia telah pun membangunkan dron bersenjata atau hari ini dipanggil ‘dron kamikaze’.

Sepertimana Türkiye yang hari ini menjadi antara peneraju industri dron berjaya, sepatutnya Malaysia juga begitu kerana sama-sama memasuki bidang tersebut lebih 20 tahun lalu.

Dalam tempoh 6 tahun lalu, perancangan mengenai DIPN sering berubah-ubah mengikut peralihan kerajaan dan pertukaran menteri.

Sebelum ini, terdapat perancangan untuk melancarkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) pada LIMA 2023, namun ia tidak direalisasikan pada waktu itu.

DIPKN adalah satu dasar strategik yang dirancang oleh kerajaan Malaysia untuk membangunkan industri pertahanan dan kese

Tiada yang salah pada dua fokus yang ditetapkan oleh Mindef ini, cuma persoalannya adakah ia diimplementasikan sebenar benarnya atau hanya terpampang sebagai satu dokumentasi sahaja?

Ini kerana menggariskan fokus tentang satu dasar untuk membangunkan industri pertahanan tempatan bukanlah baharu, termasuklah hasrat Mindef menetapkan hala tuju STRIDE.

#AirTimes #Kolumnis #Pertahanan

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?