Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan sampaikan Ganjaran Hilang Upaya kepada 38 veteran ATM Melaka, Negeri Sembilan

Kementerian Pertahanan sampaikan Ganjaran Hilang Upaya kepada 38 veteran ATM Melaka, Negeri Sembilan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 FEB – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari telah meluangkan masa bersama-sama dengan veteran ATM Negeri Melaka dalam satu Majlis Hi-Tea anjuran Jabatan Hal Ehwal ATM (JHEV ATM) di Dewan Penyayang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Alor Gajah, hari ini.

Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan menjelaskan warga veteran ATM yang diraikan adalah terdiri dari kalangan mereka yang cedera ketika bertugas sama ada semasa melaksanakan operasi atau latihan berisiko tinggi.

“Timbalan Menteri Pertahanan turut menyampaikan faedah Ganjaran Hilang Upaya (GHU) kepada seramai 38 veteran ATM dari zon Tengah iaitu Melaka dan Negeri Sembilan,” kata kenyataan itu.

Dalam majlis yang sama, Adly turut  menyampaikan komputer riba kepada seramai 8 orang penerima dari kalangan asnaf veteran ATM serta sumbangan rahmah kepada 22 buah persatuan veteran ATM Melaka.

Menurut Kementerian Pertahanan Malaysia, Negeri Melaka mempunyai 12,805 veteran ATM dimana 7,320 adalah veteran ATM berpencen, 3,123 adalah veteran ATM yang tidak berpencen dan 2,362 penerima pencen terbitan.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menyantuni warga veteran ATM dan ahli keluarga dalam satu majlis yang diadakan di Melaka. Foto: Kementerian Pertahanan Malaysia

“Kementerian Pertahanan melalui JHEV ATM akan terus komited memelihara kebajikan veteran ATM,

“Iltizam ini juga disokong dengan peningkatan peruntukan JHEV ATM sebanyak RM226 juta kepada RM239 juta bagi tahun 2025.

“Peruntukan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan kebajikan dan kemudahan veteran ATM khususnya Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Perubatan, Bantuan Institut Pengajian Tinggi dan Persekolahan, Inisiatif Perumahan dan sebagainya,” jelasnya.

Turut hadir dalam Majlis Hi-Tea veteran ATM pada hari ini ialah Ketua Pengarah JHEV ATM; Mejar Jeneral Dato’ Semaon Marjuki, Pengarah JHEV ATM cawangan Negeri Sembilan dan Melaka; Mejar Haji Muhammad Zarifi Haji Tumin serta persatuan-persatuan ATM Negeri Melaka. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Pertahanan #veteranATM #MINDEFMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?