Home Semasa Amerika Syarikat luluskan penjualan 150 misil pemintas kepada Jepun

Amerika Syarikat luluskan penjualan 150 misil pemintas kepada Jepun

by M.Daim

WASHINGTON, 1 FEB – Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan 150 misil pemintas kepada Jepun.

Kelulusan penjualan misil SM-6 telah diumumkan oleh pihak Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (Defense Security Cooperation Agency, DSCA).

Menurutnya, penjualan tersebut melibatkan kos sebanyak US$900 juta.

“Kerajaan Jepun telah memohon pembelian sebnayak 150 misil SM-6 Block I dan peralatan berkaitan termasuk pelancar,” kata DSCA dalam satu kenyataan.

Tambahnya, kelulusan penjualan tersebut bergantung kepada keputusan pihak Kongres Amerika Syarikat.

SM-6 atau dikenali sebagai RIM-174 Standard Extended Range Active Missile (ERAM) merupakan misil pertahanan udara yang berupaya untuk memintas peluru berpandu balistik.

Misil yang dihasilkan oleh RTX (Raytheon) ini lazimnya digunakan pada kapal yang dilengkapi dengan sistem tempur Aegis.

SM-6 telah digunakan untuk memintas misil balistik yang dilancarkan oleh Kumpulan Houthi di Laut Merah dan Teluk Aden. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Misil #Jepun #SM6

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?