Home SemasaGlobal Thailand kuatkuasa kad ketibaan digital buat pelancong, bermula 1 Mei

Thailand kuatkuasa kad ketibaan digital buat pelancong, bermula 1 Mei

by Aqilah Azman

BANGKOK, 27 JAN – Imigresen Thailand akan menguatkuasakan kad ketibaan digital bagi semua pengunjung yang menggunakan pasport asing mulai 1 Mei ini.

Mereka yang tiba dan berlepas dari Thailand melalui udara, darat dan laut mesti mengisi kad yang dikenali sebagai borang TM6 itu dalam talian, termasuk pengunjung asing dari negara yang dikecualikan visa.

Tiada bayaran dikenakan bagi borang digital itu, yang akan menggantikan borang kertas yang digantung penggunaannya pada masa ini.

Laporan media tempatan menyatakan borang TM6 digital memerlukan maklumat peribadi dan perjalanan, termasuk butiran pasport dan alamat di Thailand.

Hanya mereka yang mempunyai pasport Thailand dikecualikan daripada mengisi borang TM6, kata pegawai Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Mongkon Wimonrat.

Penggunaan borang digital TM6 dijangka membantu menjejak pelancong semasa mereka di Thailand, kata ketua Kementerian Pelancongan, Natthriya Thaweevong.

Thailand sedang berusaha menangani tanggapan bahawa negara itu tidak selamat dikunjungi, terutama dalam kalangan pelancong China, selepas beberapa kes penculikan berprofil tinggi.

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, tampil memberi jaminan keselamatan kepada pelancong China dalam video bahasa Cina yang dijana menerusi kecederdasan buatan (AI).

Sumber di kementerian itu, yang enggan dikenali, berkata dengan penggunaan borang digital TM6 tidak lama lagi, ada kemungkinan besar bayaran pelancongan 300 baht (RM39) yang sedang dirancang akan ditangguhkan, lapor Bangkok Post.- AGENSI

#KadKetibaanDigital #borangTM6 #Thailand

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?