Home SemasaGlobal Tentera Israel bunuh 22 penduduk selatan Lubnan ketika mahu pulang ke rumah

Tentera Israel bunuh 22 penduduk selatan Lubnan ketika mahu pulang ke rumah

by Aqilah Azman

BEIRUT, 27 JAN – Pihak berkuasa Lubnan memaklumkan sekurang-kurangnya 22 orang awam terbunuh akibat serangan tentera Israel ketika ribuan penduduk cuba pulang ke rumah masing-masing di selatan Lubnan, semalam.

Manakala, baki seramai 124 lagi alami kecederaan, lapor Kementerian Kesihatan Lubnan.

Berikutan, Israel mendakwa Lubnan masih belum melaksanakan sepenuhnya syarat perjanjian berkenaan, termasuk memastikan selatan Lubnan bebas daripada kumpulan Hizbullah dan mengerahkan tentera Lubnan ke kawasan terbabit.

Susulan itu, beberapa suspek yang dianggap sebagai ancaman telah ditahan oleh kerana dianggap sebagai ancaman.
Sehubungan itu, seorang jurucakap tentera Israel, menerusi hantaran di platform X, mendakwa Hizbullah cuba memanaskan’ lagi keadaan dan dalam masa terdekat, tentera Israel akan memaklumkan kawasan-kawasan yang boleh dihuni semula.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?