Home Semasa Kerajaan saran PDRM manfaat jalur lebar 5G demi keselamatan negara

Kerajaan saran PDRM manfaat jalur lebar 5G demi keselamatan negara

by Aqilah Azman

PUTRAJAYA, 22 JAN– Kerajaan mencadangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggunakan perkhidmatan khusus dalam jalur lebar 5G, yang lebih selamat dalam pelbagai kegunaan organisasi itu, termasuk dalam penguatkuasaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan antara satu ciri dalam 5G yang menyediakan bahagian spektrum  selamat dan khusus bagi rangkaian 5G persendirian, terutama bagi rangkaian tempatan.

Beliau turut menjelaskan, ia sesuatu yang sedang dibincangkan oleh industri dan bermaksud jalur lebar berkenaan diperuntukkan untuk organisasi itu.

“Ia menyediakan bahagian yang selamat untuk agensi seperti PDRM, yang boleh direalisasikan,” katanya pada sidang media selepas menjadi panel pada forum ‘Mengukuhkan Masa Depan: Memanfaatkan Teknologi 5G untuk Memperkukuh Keselamatan Negara’ sempena Sidang Kemuncak Pencegahan Jenayah Siber dan Ekspo (AISSE’25), hari ini.

Tambahnya lagi, penggunaan tersebut (bagi PDRM), ia tidak semestinya hanya untuk penguatkuasaan undang-undang sahaja, malah boleh digunakan untuk mana-mana industri atau syarikat. -airtimes.my

#AirTimes #PDRM #5G #Keselamatan #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?