Home SemasaGlobal Peruntukan RM45 bilion diperlukan, pemulihan semula sistem kesihatan Gaza

Peruntukan RM45 bilion diperlukan, pemulihan semula sistem kesihatan Gaza

by Aqilah Azman

GENEVA, 17 JAN-  Menurut penilaian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekurang-kurangnya anggaran sebanyak AS$10 bilion (RM45 bilion) diperlukan bagi pemulihan semula sistem kesihatan Gaza yang musnah dalam tempoh lima hingga tujuh tahun akan datang.

“Lebih AS$3 bilion (RM13.5 bilion)  untuk 1.5 tahun pertama dan meningkat kepada AS$10 (RM45 bilion) dalam tempoh lima hingga tujuh tahun,” nyata wakil agensi kesihatan PBB di wilayah Palestin, Rik Peeperkom berkenaan anggaran awal kos pemulihan tersebut.

Menurut Peeperkom, keperluan kos membangunkan semula sistem sektor kesihatan adalah sangat besar.
“Di Gaza, kemusnahan terlalu besar. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sepanjang hidup saya,” tambahnya.
Dalam pada itu WHO, Tedras Adharom Ghebreyesus memaklumkan kurang daripada separuh hospital di Gaza yang berfungsi buat masa ini.
Beliau menyambut baik pengumuman perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas pada Rabu sebagai ‘berita terbaik’.
“Kami menyambut baik berita ini dengan kelegaan, tetapi juga dengan kesedihan kerana ia datang terlalu lewat untuk mereka yang terkorban,” katanya.
Beliau menzahirkan keprihatinan dan menyuarakan untuk lebih berhati-hati, memandangkan sebelum ini mengalami harapan palsu dan perjanjian tersebut belum disahkan.
“Perjanjian ini menandakan berakhirnya episod paling gelap dalam sejarah hubungan antara Israel dan Palestin,” katanya lagi.
Dengan itu, beliau mendesak agar dilaksanakan dengan segera, walaupun pihak perantara mengatakan perjanjian akan dikuatkuasakan pada Ahad.
“Jika kedua-dua pihak komited untuk gencatan senjata, ia harus bermula segera,” katanya.
“Perdamaian adalah ubat terbaik. Maka, biarkan proses penyembuhan bermula, bukan sahaja untuk Gaza, tetapi juga untuk Israel. Ini adalah kepentingan semua pihak.”
Pada masa sama, Peeperkom berkata WHO bersedia untuk memperluaskan sokongannya dengan cepat di wilayah itu.
“Apa yang sangat penting sekarang adalah menghapuskan halangan keselamatan dan politik yang menghalang penghantaran bantuan ke seluruh Gaza,” katanya.
Keperluan akses yang cepat, tanpa halangan dan selamat turut ditekankan oleh beliau untuk mempercepatkan aliran bantuan ke Gaza.

Dengan gencatan senjata yang hampir tercapai, para aktivis kemanusiaan menyeru memerlukan peningkatan usaha besar-besaran bantuan ke Gaza yang dilanda perang, dengan berusaha menilai keperluan mendesak yang semakin meningkat. -airtimes.my

#AirTimes #Gaza #WHO #PBB #Palestin

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?