Home SemasaGlobal 3 Humvee dan beberapa peralatan dicuri dari gudang tentera AS

3 Humvee dan beberapa peralatan dicuri dari gudang tentera AS

by M.Daim

CALIFORNIA, 13 JAN – Sebanyak 3 buah kenderaan Humvee dan beberapa peralatan ketenteraan dilaporkan hilang selepas dicuri oleh sekumpulan individu di sebuah gudang milik tentera Amerika Syarikat.

 

Kejadian berlaku semasa kebakaran besar melanda kawasan Los Angeles, California.

 

Menurut pihak polis Tustin, kecurian dilaporkan berlaku pada malam 8 Januari lalu di sebuah gudang Pusat Tentera Simpanan Tustin (Tustin Army Reserve Center).

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis Tustin berhubung insiden kecurian kenderaan dan peralatan tentera AS. Foto: Facebook

Turut dilaporkan hilang adalah bayonet, teropong, tripod mesingan dan peralatan pemasangan mesingan pada kenderaan. Selain itu, sejumlah peralatan perubatan turut dilaporkan hilang.

 

“Pihak Tentera Amerika Syarikat memaklumkan tiada sebarang kecurian senjata dan peluru,” kata pihak polis Tustin di akaun media sosial rasmi mereka.

 

Menurutnya, sekumpulan saspek telah berjaya memotong pagar gudang dan memasuki pusat simpanan kenderaan serta peralatan.

 

Pihak polis telah mengesahkan 2 daripada 3 Humvee yang hilang telah ditemui pada Sabtu lalu. – airtimes.my

 

#AirTimes #global #humvee

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?