Industri Pertahanan Turkiye acapkali, menunjukkan kemajuan sistem ketenteraan dan persenjataan serta teknologinya yang lebih maju dan canggih berbanding di negara lain. Walaupun banyak menghasilkan peralatan dan sistem teknologi yang baharu dari semasa ke semasa, usaha ini bertujuan untuk memastikan kecekapan dan keupayaannya seiring dengan negara-negara lain.
Ia yang terdiri dari kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) adalah sejenis peralatan yang beroperasi tanpa menggunakan perkhidmatan manusia dan berupaya terbang secara autonomi, dikawal jauh serta aerodinamik, dengan menyediakan daya angkat untuk kenderaan. Selain itu, juga mampu dilancarkan semula dan membawa muatan yang berpotensi membawa maut atau tidak mematikan.
Manakala, kenderaan udara tanpa pemandu (UCAV) pula, sejenis kenderaan yang lebih digunakan dalam operasi ketenteraan dan dilengkapi dengan senjata seperti peluru berpandu, bom, dan peluru berpandu anti-kereta kabel (ATGM), misalnya untuk serangan dron. Selain itu, UCAV juga lebih dikenali sebagai dron tempur, dron pejuang atau UAV medan perang yang dikendalikan semasa situasi konflik.
Sebelum ini, seperti yang telah diketahui dalam pertempuran di Syria, dron bersenjata Turkiye telah banyak digunakan oleh tentera Turkiye sehingga mencatatkan kejayaan. Baru-baru ini, salah satu dron tempur Turkiye dari Baykar, iaitu Bayraktar TB2 (UCAV) yang telah banyak dieksportkan ke pelbagai negara pada tahun lalu, melintasi ruang udara Syria dan memainkan peranan penting dalam peperangan Karabakh dan Ukraine.
Namun, Syria Democratic Forces (SDF) telah menentang terhadap operasi dron Turkiye dan mensasarkan dron Turkiye yang ketiga oleh tentera Syria. Peningkatan konfrontasi dron di Syria ini, adalah sebahagian daripada ketegangan geopolitik yang melibatkan tentera AS, Turki, dan Kurdish.
Bayraktar TB2 UCAV yang mempunyai fasiliti berfungsi sebagai alat pengintipan dengan serangan jarak sederhana di mana mempunyai sistem avionik moden yang mampu membawa empat butir peluru berpandu, berkuasa dalam menyerang dan menumpaskan ancaman musuh. Walaupun ia tidak mempunyai sistem jamming khusus, tetapi boleh berfungsi bersama-sama seperti aset peperangan elektronik yang lain.
Justeru, dengan keunikan dan kelebihan ada pada dron ini dalam menentang serangan musuh, telah mencipta kejayaan dan kebanggaan oleh Baykar dan menjadi pilihan oleh kerana dapat menjimatkan kos yang telah digunakan dalam konflik Libya, Syria, dan Nagorno- Karabakh serta Ukraine.
Dalam pada itu, penggunaannya turut dalam menentang sistem pertahanan udara melalui pelbagai taktik dan teknologi. Terbaharu dron ini juga dilengkapi Pod Sokongan Elektronik ANTIDOT-2U/S yang baharu daripada ASELSAN dan telah berjaya menyempurnakan ujian. Hal ini, membolehkan mengesan, mengenal pasti, dan mengesan isyarat radar musuh dengan jelas dalam meningkatkan daya tahannya terhadap sistem pertahanan udara.
Penambahan ANTIDOT -2U/S sekaligus dapat meningkatkan pengeluaran bilamana menarik minat negara-negara lain untuk memiliki TB2, yang ingin mencari penyelesaian dengan kos yang efektif dan berkesan menentang pertahanan udara.
Selain berkeupayaan dalam mencari, menjejak dan menganggu rangkaian radar musuh serta mampu menggerunkan di medan perang, ia mampu mengenal pasti dan mengesan pelbagai jenis pelepasan elektromagnet daripada radar dan sistem komunikasi musuh.
Kenderaan tanpa pemandu (UCAV) yang diperkenalkan pada 2009 ini direka khusus bagi peninjauan dan pengawasan dengan anggaran kos $5 milion, melakukan penerbangan pertama pada Ogos 2014. Dengan memiliki Pod Sokongan Elektronik ANTIDOT – 2U/S ASELSAN yang direka bagi mempertingkatkan kebolehmandirian serta keberkesanan dalam pelbagai platform di udara ini, sekaligus mewakili kejayaan dengan keuapayaannya dalam peperangan secara elektronik,
#AirTimes #BayraktarTB2 #UCAV #Turkiye