Home SemasaGlobal UAV Bayraktar TB2 catat lebih 1 juta jam penerbangan

UAV Bayraktar TB2 catat lebih 1 juta jam penerbangan

by Aqilah Azman

ISTANBUL, 8 JAN– Januari lalu, Baykar mengumumkan rekod eksportnya dengan mengesahkan kejayaan global Bayraktar TB2, yang memperlihatkan perjanjian pakatan strategik dengan EDGE Group dan ujian menembak senjata DS-16.

Pada masa yang sama, pencapaian Bayraktar TB2 UCAV yang luar biasa bilamana melepasi 1,000,000 jam penerbangan pada bulan terakhir 2024, seiring bersempena ulang tahun penerbangan sulung Bayraktar AKINCI.

Justeru, syarikat pertahanan Turkiye, Baykar Defense meluahkan rasa bangga atas pencapaian dan sumbangan yang  diperoleh sepanjang tahun lepas kepada negara Turkiye.

“Kami mengucapkan terima kasih yang tulus atas kerjasama yang telah ditunjukkan oleh seluruh pasukan sepanjang tahun lalu,” nyata Baykar di media sosial rasminya.

Menurut kenyataan Baykar lagi, Bayraktar TB2 UCAV yang menjalankan barrel roll maneuver penerbangan secara autonomi, telah menjadi satu pencapaian sejarah dalam penerbangan global.

“Pada Mac, kami menjalankan ujian dengan kerap, Bayraktar AKINCI menguji CAKIR, IHA-230 dan peluru berpandu supersonik IHA-122, semasa Bayraktar melakukan ujian dengan enjin asli, di mana membuktikan kepesatan kemajuan teknologi kita,”

Pada April, Bayraktar TB2 UCAV mula perkhidmatannya di Maldives dan Albania, di samping Bayraktar AKINCI memperoleh pencapaian penting dengan lulus 50,000 jam penerbangan.

Dengan itu, Baykar berjaya menandatangani perjanjian eksport Bayraktar TB2 dengan Croatia dan berjaya mewakili negara Turkiye di Marrakech Air Show, yang memperkukuhkan lagi pengiktirafan antarabangsa Baykar.

“Sepanjang 2024, ketua negara, kementerian pertahanan, perwakilan tentera dan pemimpin teknologi dari seluruh dunia melawat Baykar, mencari peluang untuk memeriksa dengan teliti projek kami yang sedang berjalan di Ozdemir Bayraktat National Technology Center,”

Dalam pada itu, Badan pemikir Amerika Syarikat, Center for a New American Century (CNAS), turut menerbitkan laporan yang mengiktiraf global Baykar, yang kini telah mengeksport Bayraktar TB2 ke 32 negara, dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu.

Baykar bangga mampu mengangkat teknologi negara ke peringkat yang lebih tinggi setiap tahun dan terus memperlihatkan kecemerlangan negara di peringkat global.

“Tahun ini seperti biasa, kami berusaha untuk menyokong negara kita dalam semua keadaan dengan menjalankan pembinaan projek perumahan di kawasan gempa bumi terjejas dan menyalurkan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza dan di tempat lain,” jelas, Baykar yang juga mempamerkan solidariiti semangat setiakawan.

Susulan itu, Baykar juga mengetuai sebilangan besar tetamu kehormat, termasuk Alper Gezeravci, angkasawan pertama Turkiye yang telah mengembara ke angkasa serta pemenang Hadiah Nobel, Prof. Aziz Sancar.

Selain itu, dalam menyempurnakan kejayaan penghantaran Baykraktar TB2 ke Poland, Baykar menambah Bayraktar KALKAN VTOL dan KEMANKES Mini Cruise Missile ke dalam barisan produk mereka.

“Melangkah ke 2025, kami bersemangat untuk menambah pengalaman serta pencapaian seiring dengan pencapaian pada tahun lalu, dan berikrar untuk terus berusaha tanpa henti bagi membuka ufuk baharu buat Turkiye dan kemanusiaan melalui inisiatif teknologi negara,” -airtimes.my

#AirTimes #Baykar #Defense #BayraktarTB2s #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?