KUALA LUMPUR, 7 Jan – Malaysia dan China terus memperkukuh hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan melalui lawatan rasmi General Liu Zhenli, Chief of Staff, Joint Staff Department, Central Military Commission, People’s Republic of China, ke Malaysia.
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, pertemuan antara General Liu Zhenli dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman hari ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam usaha memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu-isu keselamatan serantau, pertukaran maklumat ketenteraan, serta peluang kerjasama dalam latihan dan operasi bersama.

Pertemuan antara General Liu Zhenli dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman hari ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam usaha memastikan kestabilan dan keselamatan serantau.
Terdahulu, sesi kunjungan hormat dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang diketuai oleh Mejar Adibadiuezshah Ahmad.
Sejurus itu, General Liu Zhenli turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Lawatan ini berakhir dengan sesi bergambar dan pertukaran cenderamata sebagai simbol persahabatan antara kedua-dua negara.
Kunjungan ini menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan strategik Malaysia dan China dalam usaha menjaga kestabilan dan keselamatan serantau.-airtimes.my
#Malaysia #China #ATM #airtimes #pertahanan #diplomasi