KUALA LUMPUR, 3 JAN- Satu laporan polis terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Mohd Hafez Sabri bersama Ketua Penerangan Armada Bersatu Satu, Harris Idaham Rashid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
Berikutan, laporan tersebut berkenaan dakwaan ke atas Menteri itu, adalah berhubung isu buku ‘Becoming Hannah’ yang telah didakwa bahawa ingin menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian yang berhubung kait dengan Evengelis dan Yahudi.
Timbalan Ketua Pemuda PAS berkata pada ‘Demo PAS’ yang dijalankan ini, ingin menegaskan agar pihak polis segera mengambil tindakan segera dengan melakukan penyiasatan ke atas Hannah Yeoh.
Dalam pada itu, perjuangan yang dibangkitkan menerusi perhimpunan Solidariti oleh Gerakan Bangkit Rakyat yang dilangsungkan selama dua jam itu, bagi menyampaikan mesej tersebut kepada pihak Kerajaan.
‘Isu yang kita nak sebut hari ini adalah bagaimana tindakan perlu diambil kepada Kedua-dua Menteri itu sahaja dan saya rasa tidak ada isu yang sensitif dan kita menggunakan hak yang ada sebagai warganegara Malaysia menyampaikan suara kita,” jelas Hafez Sabri.
‘Himpunan Bangkit Ummah’ yang terdiri daripada Pemuda PAS, Armada Bersatu serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) itu dihadiri oleh pemimpin politik, antaranya Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz; Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali; Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid; Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar dan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).
Himpunan tersebut yang turut disertai oleh orang-orang awam serta pihak media, telah berlangsung di hadapan perkarangan Masjid Jamek, Kampung Bharu, Kuala Lumpur bermula sejurus selepas sembahyang Jumaat dan berarak sehingga ke IPD Dang Wangi. –airtimes.my
#AirTimes #HannahYeoh #Malaysia