Home SemasaKemuka permohonan jika mahu cadang pengampunan banduan – Istana Negara

Kemuka permohonan jika mahu cadang pengampunan banduan – Istana Negara

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Istana Negara menegaskan, mana-mana pihak yang ingin memberi pengampunan atau pengurangan hukuman kepada banduan tertentu perlu  mengemukakan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Menurut Istana Negara, permohonan itu akan dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Seri Paduka Badinda, Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi keampunan, menunda atau meringankan hukuman bagi kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya,

“Berdasarkan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk mengambil tindakan berkaitan kesalahan undang-undang di kawasan tersebut,

“Kuasa Seri Paduka Baginda ini dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan sendiri oleh Seri Paduka Baginda,” jelas Istana Negara dalam kenayatan hari ini.

Pada 28 Disember lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, semua permohonan pengampunan bagi kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut AGC, pihaknya telah dititahkan oleh Yang di-pertuan Agong untuk memaklumkan perkata itu, selain permohonan berkenaan hendaklah dikemukan mengikut tatatcara dan saluran yang ditetapkan undang-undang serta peraturan berkuat kuasa, bukannya menerusi saluran lain.

“Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin mencadangkan mana-mana banduan termasuk (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menghabiskan baki tempoh hukumannya dengan ditahan di rumah, permohonan berkenaan perkara itu hendaklah dikemukakan untuk dipertimbangkan oleh Lembaga pengampunan diperngerusikan Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

Perkara 42(2) pula Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan antara lain bahawa Yang di-Pertuan Agong juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.-airtimes.my

#semasa #DaulatTuanku #banduan #pengampunan #Peguam #airtimes

Related Articles

Leave a Reply