INDONESIA, 25 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) telah melaksana rondaan bersama di sempadan bagi membanteras aktiviti lintas batas yang boleh menjejaskan keamanan serta keselamatan negara.
Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) memaklumkan, Patroli Terkoordinasi (PATKOR) Siri 2/2024 yang melibatkan seramai 2 pegwai dan 30 anggota daripada Rejimen keempat Kor Armor Diraja (4 KAD) dan Yonkav 12/BC telah bermula 14 hingga 20 Disember lalu.
“Rondaan ini dilaksanakan bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan dan selain memeriksa batu sempadan/patuk diantara kedua-dua buah negara,
“Selain itu, rondaan bersama ini adalah untuk mengukuhkan lagi koordinasi untuk menjaga persempadanan kedua-dua buah negara.
Menurut pihak 9 Bgd, turut dilaksanakan adalah aktiviti riadah seperti sukan dan Program Jiwa Murni (PJM)/Karya Bakti yang melibatkan penyertaan masyarakat setempat.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Kasiops Kasrem 121/ABW, Leftenan Kolonel Jumadal Aulia dan Ketua Staf MK 3 Bgd, Leftenan Kolonel Majani Japon di Dataran PLBN Jagoi Babang, Indonesia pada Isnin lalu.
Turut hadir, Pegawai Mememerintah 4 KAD, Lt Kol Mohd Farid Rizza Ab Razak dan Danyon Yonkav 12/BC, LetKol Andy Setio Untoro serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
Tambah 3 Bgd, acara bilateral ini sejajar dalam mendukung Teras Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-30 iaitu Anjakan Diplomasi Pertahanan dalam usaha mempertingkatkan kerjasama pertahanan bersama negara jiran.
#pertahanan #TDM #TNI #Malaysia #Indonesia #airtimes