KUALA LUMPUR, 13 DIS – Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan masih dalam perundingan berkenaan tawaran daripada syarikat robotik marin Ocean Infinity (United Kingdom) bagi meneruskan operasi pencarian pesawat MH370.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pengesanan bangkai pesawat di satu lokasi baharu dasar laut itu, dianggarkan seluas 15,000 kilometer pesegi di Selatan Lautana Hindi adalah berdasarkan prinsip “no find, no fee”.
“Aspirasi Kerajaan untuk mencari bangkai pesawat MH370 tidak akan diabaikan,” katanya dalam penyataan jawapan bertulis, Dewan Rakyat Parlimen ke-15.
Menurutnya lagi, Kerajaan Malaysia selaku negara pendaftaran pesawat MH370, mempertimbangkan cadangan operasi pencarian oleh Ocean Infinity dan ia merupakan cadangan yang kukuh (credible).
Berikutan, cadangan lokasi kawasan pencarian baharu oleh syarikat tersebut merujuk berasaskan maklumat serta analisis data terkini yang telah dibuat oleh pakar-pakar dan penyelidik.
Justeru, merujuk prinsip “no find, no fee”, Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan sebarang bayaran kepada syarikat tersebut sekiranya tiada sebarang bangkai pesawat ditemui.
“Sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh (credible evidence) diperoleh, maka operasi pencarian selanjutnya akan dipertimbangkan oleh kerajaan,” jelasnya yang turut menyatakan ia merupakan pendirian yang konsisten oleh Kerajaan Malaysia. -airtimes.my
#AirTimes #MH370 #OceanInfinity #MOT #Malaysia