Home Semasa Banjir: Mangsa di 6 negeri berkurangan, Pahang masih kekal

Banjir: Mangsa di 6 negeri berkurangan, Pahang masih kekal

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Jumlah mangsa banjir menunjukkan pengurangan kepada 48,549 orang pagi ini berbanding 52,596 malam tadi susulan situasi beransur pulih di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Perak dan Melaka, manakala tiada perubahan di Pahang.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di 3 jajahan terus menunjukkan pengurangan kepada 34,672 orang yang ditempatkan di 87 PPS membabitkan 11,041 keluarga berbanding 36,434 orang malam tadi.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 19,140 orang di 46 PPS diikuti Pasir Mas 15,491 orang di 39 PPS dan Bachok 41 orang ditempatkan di dua PPS.

Di TERENGGANU pula, jumlah mangsa banjir terkini ialah 7,423 orang ditempatkan di 31 PPS di enam daerah terjejas berbanding 9,315 orang semalam, menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Terengganu.

Kuala Nerus masih menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa 4,266 orang daripada 1,126 keluarga di 13 PPS, diikuti Dungun 1,726 orang (397 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Terengganu 1,253 orang (304 keluarga) di 5 PPS.

Di Setiu sebanyak 95 mangsa (18 keluarga) di 2 PPS, Marang 50 mangsa (16 PPS) di satu PPS manakala Hulu Terengganu hanya 33 mangsa (12 keluarga) di satu PPS.

Sementara itu, di KEDAH jumlah mangsa banjir terus berkurangan pagi ini kepada 5,067 orang daripada 1,531 keluarga berbanding 5,428 orang daripada 1,642 keluarga, malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain dilaporkan berkata, kesemua mangsa dari 3 daerah itu masih ditempatkan 26 PPS.

‘Kota Setar masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 3,588 orang daripada 1,085 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS, diikuti Kubang Pasu 1,117 orang daripada 339 keluarga di enam PPS dan Pokok Sena 362 orang daripada 107 keluarga di tiga PPS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di JOHOR pula mencatatkan sedikit penurunan pagi ini kepada 1,009 orang berbanding 1,034 orang malam tadi, melibatkan 281 keluarga yang ditempatkan di 18 PPS.

Di PERAK, JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini terus berkurangan kepada 167 mangsa daripada 58 keluarga yang berlindung di lima PPS berbanding 172 mangsa malam tadi.

Menurut sekretariat itu, sebanyak 102 mangsa daripada 36 keluarga ditempatkan di tiga PPS di daerah Kinta manakala 65 mangsa daripada 22 keluarga berlindung di dua PPS di daerah Perak Tengah.

Mangsa banjir di MELAKA juga berkurangan sedikit kepada 160 mangsa daripada 41 keluarga pagi ini berbanding 162 mangsa daripada 42 keluarga malam tadi, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka.

Sebanyak 109 mangsa daripada 27 keluarga ditempatkan di PPS SK Parit Penghulu manakala 51 mangsa daripada 14 keluarga berlindung di PPS SK Seri Mendapat, masing-masing membabitkan daerah Jasin.

Di PAHANG, berdasarkan aplikasi Info Bencana JKM, jumlah mangsa banjir kekal dengan 51 orang setakat 8 pagi ini dengan 4 PPS beroperasi iaitu dua di Temerloh manakala masing-masing satu di Bera dan Maran.-airtimes.my

#airtimes #banjir #Malaysia #NADMA #semasa

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!