Home Semasa Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari: Dewan Rakyat panas dengan perdebatan

Ahli Parlimen Pendang digantung 10 hari: Dewan Rakyat panas dengan perdebatan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim digantung selama 10 hari daripada menghadiri sidang Parlimen bermula hari ini susulan dakwaan menghina Speaker Dewan Rakyat menerusi video di aplikasi TikTok pada 18 Julai lalu.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan, keputusan itu diambil selepas Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) daripada PAS itu enggan menarik balik kenyataan atau memohon maaf atas tindakan yang dianggap menghina institusi Dewan Rakyat.

Menurut Johari, beliau telah mengemukakan surat rasmi kepada Awang pada 22 Julai lalu meminta penarikan balik kenyataan serta permohonan maaf, namun tiada tindakan diambil sehingga hari ini.

“Kenyataan dan tindakan Pendang adalah menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dipilih dan diamanahkan menjalankan tanggungjawab berdasarkan peraturan Dewan Rakyat,

“Memandangkan YB tidak menarik balik dan memohon maaf kepada saya sebagai speaker, maka saya perintahkan YB keluar dari dewan ini untuk tempoh 10 hari berdasarkan peraturan 44 (2),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan itu mencetuskan suasana riuh, terutama di blok pembangkang, dengan Ronald Kiandee (PN-Beluran) bangkit membantah keputusan tersebut.

Kiandee berhujah bahawa Peraturan Mesyuarat tidak boleh digunakan untuk kesalahan yang dilakukan di luar Dewan.

Bagaimanapun, Johari menjawab hujah Kiandee dengan merujuk keputusan dibuat Kiandee ketika menjadi Timbalan Speaker menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran pada 2013 kerana menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia semasa dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ini bukan kali pertama Awang berdepan penggantungan. Pada 26 Februari lalu, beliau menjadi Ahli Parlimen pertama digantung oleh Johari selama 4 hari kerana enggan menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

Namun, penggantungan itu dibatalkan pada hari berikutnya selepas Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Namun Johari pada keesokan harinya membatalkan penggantungan itu selepas Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Pada 15 Julai pula, Awang diarah keluar Dewan dan digantung selama tiga hari selepas enggan menarik balik tuduhan anti-Islam terhadap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.-airtimes.my

#semasa #airtimes #DewanRakyat #tiktok #hidaparlimen #Malaysia

 

Berita penuh:

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!