Home Pertahanan dan KeselamatanSaya bagi amaran, jangan tolak ansur budaya buli – Anwar Ibrahim

Saya bagi amaran, jangan tolak ansur budaya buli – Anwar Ibrahim

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan budaya buli yang sudah sistematik dalam negara ini, khususnya dalam bidang pendidikan.

Beliau memberi amaran tersebut dalam Program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini.

Justeru, tegasnya amalan seumpama itu tidak boleh berlaku di pusat ilmu apatah lagi menganggap sebagai satu budaya biasa.

“Amalan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam pusat ilmu apatah lagi menganggap sebagai satu budaya biasa. Apa masalah sampai begitu sekali,

“Ia kelompok kecil bukan mewakili keseluruhan mahasiswa tapi budaya itu mengizinkan…. budaya samseng, buli, gangster dalam sistem pendidikan di sekolah kebangsaan, Cina, Tamil, Maahad Tahfiz dan sekolah agama,

“Jadi program pendidikan dan nilai mesti ditekankan. Ini kerana (ketika ini) kita ambil sikap permisif, mengalah dan bertolak ansur terhadap pembuli. Ia tidak boleh berlaku kalau budaya menolaknya,

“Saya bagi tahu kepada menteri pendidikan, jangan tolak ansur. (Saya) Bagi amaran dan nasihat jangan tolak ansur sama sekali kerana tak nak berlaku secara terpisah kerana berlaku dalam budaya,” katanya.

Hadir sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

Pada Rabu, seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior.

Individu itu difahamkan didera menggunakan seterika yang ditekap pada dadanya sehingga meninggalkan kesan lecur.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menyatakan tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terbabit, jika terbukti bersalah.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman menegaskan, ATM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes buli dan dera melibatkan pegawai kadet  berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa, pihak ATM memandang serius kes tersebut dan siasatan terperinci sedang dilaksanakan.

Pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.

Berikutan itu, 6 bekas penuntut UPNM dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu selepas didapati bersalah melakukan perbuatan berkenaan.-airtimes.my

#UPNM #buli #dera #Anwar #amaran #airtimes #malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply