KUALA LUMPUR, 30 OKT- Pelaksanan aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak serta gas di perairan negara di Laut China Selatan tetap akan diteruskan oleh kerajaan melalui PETRONAS.
“Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (MKN, JPM) sentiasa mengambil berat akan keselamatan perairan negara di Laut China Selatan,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan akan sentiasa memberi perhatian serius dan menangani dengan baik terhadap sebarang aktiviti kacau ganggu di kawasan Laut China Selatan termasuk aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak dan gas yang terlibat.
“Pendirian semasa Malaysia adalah jelas iaitu untuk terus mempertahankan perairan negara berdasarkan Peta Baru Malaysia (PBM) 1979,” tegasnya.
Berikutan, bagi memastikan aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak dan gas di perairan negara di Laut China Selatan berjalan dengan lancar.
Aktiviti eksplorasi dan eksploitasi hidrokarbon negara bukan sahaja tujuan ekonomi bahkan sangat penting sebagai tindakan yang tidak provokatif (non-provocative) dalam pengukuhan kedaulatan negara di kawasan perairan negara.
Justeru, aset negara sama ada aset laut mahupun udara terus dipamerkan oleh kerajaan menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Malaysia (APMM) dengan kehadiran berterusan (omnipresence).
“Aset-aset Pasukan Keselamatan negara ini juga sedia diaturgerak pada bila-bila masa untuk memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara pada sebilang masa,” ujarnya.
Selain itu, MKN, JPM juga turut mewujudkan Dialog Dua Hala bagi membincangkan isu-isu maritim di Laut China Selatan antara Malaysia dan China.
Hal ini, penggunaan saluran diplomatik dan dialog berterusan berkenaan isu tersebut dibincangkan secara konstruktif, selaras dasar dan pendirian kerajaan dalam memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara terus kekal terpelihara.
Kerajaan sentiasa memantau rapat sebarang perkembangan dan situasi semasa di kawasan tersebut melibatkan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi berkaitan dalam memastikan isu tersebut ditangani dengan segera dan efisien tanpa menimbulkan sebarang ketegangan di lapangan. -airtimes.my
