Home Semasa707 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan diselamatkan, 199 masih dijejaki

707 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan diselamatkan, 199 masih dijejaki

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 29 Okt –  Seramai 707 orang warganegara Malaysia terlibat sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, berjaya diselamatkan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan.

Berikutan, kerjasama Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia luar negeri dalam menghantar pulang ke Malaysia, 199 orang lagi masih dalam penjejakan dan seterusnya menjumlahkan seramai 906 orang mangsa setakat 28 Oktober 2024.

“Jumlah tersebut berdasarkan laporan yang diterima daripada waris, ahli keluarga, rakan, poils dan individu itu sendiri,” ujar Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Menurut laporan PDRM, sebanyak 90 peratus mangsa merupakan sebahagian daripada operator-operator yang menaja terlibat dengan sindiket.

Justeru, fenomena dikenali sebagai Jobscam telah mendapat perhatian ahli-ahli yang berhormat, di mana kementerian sering mendapat laporan daripada pejabat khidmat ahli-ahli yang berhormat berkaitan kes tersebut.

Dengan itu, Kementerian Luar Negeri tetap meneruskan usaha dalam mengesan mangsa dan menghulurkan bantuan yang sewajarnya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap sindiket penipuan pekerjaan ini, termasuk memanfaatkan platform media sosial dan menerusi program-program diplomasi awal di seluruh negara,” tambahnya.

Susulan, seramai lima orang telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Pemerdangan Orang dan Migran setakat ini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan agar orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara serta tidak mengambil risiko demi tawaran gaji tinggi bagi pekerjaan yang tidak wujud.

“Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, semak tawaran pekerjaan tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia dengan perwakilan Malaysia di luar negeri dan pihak berkuasa yang lain.”

Kementerian melalui perwakilan Malaysia di luar negeri akan mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa tempatan dalam mendapatkan bantuan mengesan keberadaan mereka sekiranya menerima laporan daripada mana-mana pihak termasuk ahli keluarga mahupun indidu itu sendiri.

Hal ini, memudahcara untuk melepaskan atau menyelamatkan daripada sindiket penipuan dan seterusnya penghantaran pulang ke Malaysia. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply