Home Pertahanan dan Keselamatan Hubungan bilateral: Malaysia sering terima kunjungan kapal dari negara luar – Adly

Hubungan bilateral: Malaysia sering terima kunjungan kapal dari negara luar – Adly

by Nurulhuda

MELAKA, 13 Okt – Kehadiran kapal-kapal tentera asing di Malaysia adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan bilateral dua negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, permohonan untuk kapal berlabuh di pelabuhan Malaysia telah dimaklumkan kepada Kementerian Luar Negara terlebih dahulu.

Menurutnya, perkara ini bukanlah satu isu yang baharu dan ia merupakan usaha berterusan untuk meningkatkan kerjasama dengan negara-negara serantau termasuk di peringkat Asia ataupun antarabangsa.

“Setiap tahun, beberapa bulan sekali, kita (Malaysia) akan menerima port of call (panggilan pelabuhan) dari negara-negara untuk sebahagian dari bilateral kita,

“Di Kementerian Pertahanan (MINDEF), kita sentiasa mengadakan perbincangan antara anggota dan negara, serta pertukaran maklumat mahupun pengalaman dengan negara-negara yang hadir,

“Hubungan antara negara amat penting untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul, terutama yang berkaitan dengan pertahanan negara. Saya berpendapat bahawa hubungan ini tidak seharusnya dipolitikkan kerana kita tahu mana pun kerajaan ini, hubungan bilateral ini tetap akan terjalin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Santuni MADANI peringkat Melaka di Bukit Katil, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, soal ancaman kedaulatan negara tidak timbul susulan 2 kapal tentera laut China berlabuh di Pulau Pinang.

Tegasnya, kapal perang dari negara lain seperti Australia, Amerika Syarikat, China, India dan dari destinasi lain akan berlabuh di pelabuhan Malaysia, namun semuanya mengikut protokol yang dikendalikan Wisma Putra dan dalam pengetahuan MINDEF.-airtimes.my

#pertahanan #kapalchina #malasyia #china #berlabuh #airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!