Home Semasa Pesakit Palestin: “Kita teruskan rawatan sehingga mereka pulih”

Pesakit Palestin: “Kita teruskan rawatan sehingga mereka pulih”

by Muhammad Izzat

PORT DICKSON, 5 OKT – Kesemua orang awam Palestin masih menerima rawatan berterusan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.

Menurut Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman, hanya 4 orang sahaja yang masih menerima rawatan lanjut daripada 41 mangsa yang dibawa ke tanah air.

“Jadi, keutamaan kami adalah untuk memastikan mereka mendapatkan rawatan yang terbaik sehingga mereka pulih sepenuhnya.” katanya dalam sidang media di Sambutan Hari ATM Ke-91.

Menurutnya lagi, berkenaan perancangan masa hadapan termasuk penghantaran balik akan tertakluk kepada perbincangan lanjut dengan pihak yang terlibat.

Terdahulu, pada 4 Ogos, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia memutuskan untuk membawa orang awam Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.

Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara TUDM Subang. – airtimes.my

#AirTimes #Pertahanan #Palestin

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!