KOTA KINABALU, 2 OKT – Markas Angkatan Kapal Selam menganjurkan satu persidangan Asia Persidangan Asia Pacific Submarine Conference (APSC2024) bermula 30 September sehingga 2 Oktober 2024.
Persidangan kali ke-2 bertemakan “Uniting Efforts for Safety” berjaya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di The Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah.
Aspek Submarine Escape and Rescue (SMER) antara objektif pelaksanaan persidangan antarabangsa pelbagai hala ini.
Di samping, bagi memupuk kerjasama dalam operasi menyelamat kapal selam melibatkan negara serantau serta negara-negara pengendali kapal selam di Asia-Pasifik.
Pada masa sama, usaha tersebut mempromosikan ketersediaan pengoperasian kapal selam serta tindak balas yang pantas bagi sebarang operasi menyelamat kapal selam.
Penganjuran kali ini merupakan siri ke-20 dan telah diadakan saban tahun sejak persidangan pertama pada tahun 2001.
Ia merupakan inisiatif Commander, Submarine Force, U.S. Pacific Fleet (COMSUBPAC) pada tahun 2001.
“Penglibatan TLDM dalam persidangan ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi menjalin kerjasama erat dan perkongsian maklumat.”
Susulan, bagi membincangkan aspek keselematan terkini berkaitan kapal selam demi memastikan kapal selam TLDM dapat dioperasikan dengan selamat sebilang masa.
Amerika Syarikat, Australia, Bangladesh, Britain, Brunei, China, Colombia, Ecuador, Indonesia, Italy, Jepun, Kanada, Korea Selatan, Perancis dan Singapura, Thailand, Direction Generale De L’armenent (DGA), Submarine Escape and Rescue Working Group (SMERWG) dan International Submarine Escape and Rescue Liason Office (ISMERLO) antara negara dan organisasi luar yang hadir bagi menjayakan persidangan ini.
Seramai 41 orang peserta terlibat dalam persidangan ASPC 2024 yang menghimpunkan 16 buah negara dan 3 organisasi luar.
Persidangan ini turut melibatkan kehadiran organisasi serta agensi kerajaan tempatan seperti Majlis Keselematan Negara, Tentera Udara Diraja Malaysia, Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Stesen Udara Kota Kinabalu dan Target Resources Sdn Bhd. – airtimes.my