Home SemasaGlobal Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah maut akibat serangan Israel

Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah maut akibat serangan Israel

by M.Daim

BEIRUT, 29 SEPT – Kumpulan bersenjata selatan Lubnan, Hezbollah mengesahkan pemimpin mereka, Hassan Nasrallah telah maut dalam serangan udara di Beirut.

Perkara tersebut disahkan oleh pihak Hezbollah dalam satu kenyataan yang menjelaskan status terkini pemimpin tinggi kumpulan itu.

Menurutnya, Hassan dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang dilancarkan oleh Israel di selatan Beirut.

Israel sebelum ini mendakwa serangan yang dilancarkan pada waktu malam Jumaat telah menyasarkan ibu pejabat Hezbollah.

Laporan media antarabangsa yang memetik kenyataan pihak berkuasa kesihatan Lubnan menyatakan serangan tersebut telah meragut 6 nyawa dan 91 lagi cedera.

Selain itu, 6 bangunan tinggi dilaporkan ranap akibat serangan itu.

Serangan yang dilancarkan oleh Tel Aviv itu didakwa menyasarkan Setiausaha Agung Hezbollah namun status Hassan tidak diketahui sehinggalah dijelaskan oleh kumpulan bersenjata itu.

Hassan Nasrallah, 64 tahun merupakan Setiausaha Agung ke-3 Hezbollah semenjak penubuhannya.  – airtimes.my

#AirTimes #Global

Related Articles

Leave a Reply