Home Pertahanan dan Keselamatan Lebih 1,400 mangsa banjir di Kota Setar terima bantuan daripada kumpulan syarikat LTAT

Lebih 1,400 mangsa banjir di Kota Setar terima bantuan daripada kumpulan syarikat LTAT

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Lebih daripada 1,400 mangsa banjir yang ditempatkan di 8 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Setar, Kedah menerima sumbangan daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menerusi satu kenyataan, LTAT memaklumkan, pihaknya bersama-sama kumpulan syarikatnya Boustead Plantation Berhad (BPlant), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan Pharmaniaga Berhad telah mengagihkan lebih 800 pek keperluan termasuk makanan dan keperluan asas kebersihan kepada keluarga yang terjejas banjir.

Menurut LTAT, tindakan kolektif itu merupakan komitmen LTAT dan kumpulan syarikatnya terhadap mereka yang terjejas akibat banjir dengan menyediakan sokongan kritikal pada masa yang amat diperlukan.

“Boustead Plantation Berhad telah menyumbang sebanyak 500 pek makanan keperluan dengan dihantar ke 6 lokasi PPS,

“Sementara, Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd pula menyumbang 180 pek makanan keperluan untuk diagihkan di 3 lokasi PPS manakala Pharmaniaga Berhad menyumbang 165 pek kebersihan asas dihantar ke 3 lokasi PPS,” katanya hari ini.

Jelas LTAT, usaha itu merupakan sebahagian daripada misi bantuan yang diselaraskan antara Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan PPS di Kota Setar bagi memastikan bantuan sampai kepada keluarga dengan selamat.

“Semua penerima bantuan kini ditempatkan di PPS yang ditetapkan, dipantau oleh pihak berkuasa tempatan dan profesional bagi memastikan keselamatan, serta kesejahteraan mereka terjaga,

“Pengagihan bantuan ini bukan sahaja memenuhi keperluan segera mangsa banjir, malah memperlihatkan kekuatan kerjasama seluruh kumpulan syarikat LTAT,

“Pergerakan pantas daripada kumpulan syarikat LTAT telah memberi kelegaan yang diperlukan, meringankan beban keluarga yang menunggu air banjir surut dan keadaan kembali pulih seperti sediakala,” jelas kenyataan itu lagi.

Sementara itu, LTAT menegaskan, pihaknya kekal komited untuk terus memberi sokongan berterusan dan memainkan peranan akti dalam menyumbang kepada masyarakat, selaras sepenuhnya dengan aspirasi ekonomi di bawah rangka kerja Madani.

Pada Jumaat lalu, situasi banjir di Kedah mencatatkan seramai 6,087 mangsa ditampatkan di 36 PPS di negeri itu.

Sehingga hari ini, keadaan semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di PPS setakat 8 pagi, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terlibat ditempatkan di 18 PPS di 3 daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.-airtimes.my

#airtimes #LTAT #banjir #Kedah #bantuan #Boustead #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply