Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada pencerobohan kali kedua dan sifar KFR, misi utama ESSCOM

Tiada pencerobohan kali kedua dan sifar KFR, misi utama ESSCOM

by Nurulhuda

LAHAD DATU, 24 Sept – Pasukan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menetapkan sasaran tiada pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau Kidnap For Ransom (KFR) sebagai 2 misi utamanya.

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos menyatakan misi itu kepada seluruh warga ESSCOM pada Majlis Perhimpunan ESSCOM sempena melancarkan logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang baharu, pada Isnin.

Victor turut berharap penjenamaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat warga ESSCOM bagi merealisasikan 2 misi utama itu seterusnya menjadikan ESSZONE sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.

Menurutnya, justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESSZONE itu penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan di ESSZONE bertujuan membangunkan sosio ekonomi di pantai timur Sabah.

“Justeru, saya memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan-rakan media supaya membantu ESSCOM mewar-warkan perkara ini demi mencapai hasrat memajukan pantai Timur Sabah,” katanya.

Terdahulu, penjenamaan logo dan bendera ESSCOM serta warna peta ESSZONE telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESSZONE dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada 25 Julai yang lalu.

Pada majlis sama,turut diadakan pelancaran sistem e-Keanggotaan ESSCOM dan e-Demografi ESS Zone secara ‘in-house’ bertujuan memudahkan urusan kerja seharian warga ESSCOM.

Pewujudan sistem ini didasari oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan hasrat ESSCOM bukan sahaja untuk dikenali sebagai pusat keselamatan di pantai Timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESSZONE.

Turut hadir, Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail Kamarudin. -airtimes.my

#esscom #esszone #Sabah #keselamatan #airtimes #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply