BEIRUT, 23 SEPT – Pasukan bersenjata Hezbollah telah mengisytiharkan “peperangan terbuka” terhadap Israel.
Perkara tersebut disuarakan oleh pemimpin tinggi kumpulan itu, Naim Kassem semasa pengebumian komander Hezbollah, Ibrahim Akil, pada hari Ahad.
Lebih 100 roket dilancarkan oleh kumpulan itu sebagai terhadap serangan Israel yang membunuh Naim dan puluhan orang di Beirut.
Serangan yang dilancarkan ke kawasan utara Israel itu turut dilaporkan mengenai Haifa, yang terletak 30 kilometer dari sempadan.
Tentera Israel menyatakan serangan yang dilancarkan oleh Hezbollah menunjukkan kemungkinan peningkatan ketegangan.
Ketua tentera Israel Leftenan Jeneral Herzi Halevi menyatakan pihaknya bersedia untuk menekan Hezbollah dalam beberapa hari akan datang. – airtimes.my
Naim terbunuh dalam serangan udara di ibu kota Lubnan pada Jumaat lalu yang meragut sekurang-kurangnya 45 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak. – airtimes.my
#AirTimes #Global #Lubnan