Home Pertahanan dan Keselamatan Pharmaniaga buka fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama di Malaysia

Pharmaniaga buka fasiliti pengilangan insulin, vaksin pertama di Malaysia

by Nurulhuda

PUCHONG, 19 Sept – Parmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dengan kerjasama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad hari ini mencipta kejayaan baharu apabila menubuhkan kilang biofarmaseutikal insulin serta vaksin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pembinaan fasiliti milik Pharmaniaga itu dengan pelaburan mencecah RM300 juta itu bertujuaan untuk memperkukuh keterjaminan bekalan ubat-ubatan di dalam negara.

“Kilang ini boleh menghasilkan insulin dan vaksin untuk 13 jenis penyakit, justeru menerusi perasmian fasiliti kilang ini akan dapat membantu memastikan keterjaminan bekalan ubat-ubatan untuk negara,

“Seperti kita sedia maklum, insulin digunakan untuk memenuhi keperluan pesakit kencing manis atau diabetes yang kita tahu jumlah mereka tinggi,

“Jumlah keperluan ubat juga tinggi dan setiap tahun kerajaan membelanjakan kira-kira RM300 juta untuk (beli) insulin saja,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Fasiliti Pengilangan Insulin dan Vaksin Pharmaniaga Berhad, hari ini.

Menurutnya, pengilangan yang dilakukan oleh syarikat tempatan itu juga diramal dapat menjimatkan kos dengan mengurangkan jumlah eksport terutamanya dalam pembelian insulin untuk pesakit diabetes.

Beliau turut yakin dengan kemampuan Pharmaniaga untuk mengeksport produk perubatan itu bagi memenuhi permintaan antarabangsa yang secara langsung akan memberi keuntungan kepada LTAT sendiri.

“Pharmaniaga bersedia untuk memenuhi keperluan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi insulin, begitu juga vaksin di mana setiap tahun kita (Malaysia) import kira-kira RM250 juta vaksin,

“Buat masa ini mereka akan keluarkan vaksin untuk dua jenis penyakit walaupun mereka berkemampuan menghasilkan pelbagai (vaksin) tetapi kita akan lakukan secara berperingkat,

“Sekarang Pharmaniaga berkemampuan untuk mengeluarkan dan membekal vaksin serta ia juga menyumbang kepada soal keterjaminan ubat-ubatan (tempatan) dan mengurangkan keperluan import,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, Pharmaniaga juga diharap tidak hanya bergantung kepada pasaran dalam negara untuk insulin dan vaksin yang dikeluarkan, tetapi juga untuk pasaran luar negara.

Sementara itu, katanya, kewujudan fasiliti pengilangan insulin dan vaksin itu merupakan satu pelaburan yang baik yang diharap mampu memberikan dividen kepada LTAT.-airtimes.my

#ATM #Mindef #LTAT #Pharmaniaga #vaksin #airitmes #malaysia

Related Articles

Leave a Reply