Home SemasaGlobal Letupan di Lubnan: Tiada rakyat Malaysia terjejas – Wisma Putra

Letupan di Lubnan: Tiada rakyat Malaysia terjejas – Wisma Putra

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan kejadian letupan alat kelui yang berlaku di beberapa lokasi di seluruh negara berkenaan.

Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia dilapor terjejas atau terlibat dalam insiden berkenaan.

“Nasihat kepada rakyat Malaysia di Lubnan: Rakyat Malaysia disarankan berhati-hati, mengelak daripada mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Menurut Wisma Putra, Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan.

“Rakyat Malaysia di Lubnan yang belum mendaftar dengan pihak kedutaan disarankan untuk berbuat demikian melalui pautan https://ekonsular.kln.gov.my/,

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut. Kedutaan terletak di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan,” tambah kenyataan itu.

Bagi bantuan segera, orang ramai boleh menghubungi melalui telefon di +961 71 380 063 atau +961 7677 2527, atau melalui e-mel di [email protected].

Dalam masa yang sama, kementerian turut menyatakan bahawa pihaknya akan terus memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan.

Pada Selasa, ratusan alat kelui yang digunakan oleh anggota Hizbullah meletup di seluruh Lubnan.

Letupan yang dipersalahkan kumpulan pejuang itu ke atas Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan mencederakan kira-kira 2,800 penduduk setempat. -airtimes.my

#global #Lubnan #airtimes #Malaysia #Malbatt #letupan

Related Articles

Leave a Reply